03 November 2020

     Assalamualaikum, salam buat semua warga negara Malaysia, hari ini Hollo-G ingin berkongsi artikel berkenaan bagaimana untuk menjadi orang yang suportif untuk industri Kartun dan Komik? Sengaja saya spesifikkan kepada kartun dan komik, kerana kami sememangnya fokus kepada industri ini untuk bantu pelapis muda. Jadi kami diwujudkan adalah untuk membantu para pelapis baharu supaya mendapat sinar dan melihat industri Kartun dan Komik adalah sebuah kerjaya yang berprestij tinggi dan supaya anda tahu bahawa di Malaysia suatu ketika dahulu banyak kejayaan yang telah ditempa oleh pelukis-pelukis lagenda negara kita.

     Apakah sumbangan kita supaya industri yang kita cintai ini terus berkembang dan pesat dan mencapai zaman kegemilangannya semula? Sebelum kita ketahui lebih lanjut, tanya pada diri apakah sumbangan kita untuk bersama-sama menjayakan bidang karier yang kita minat ini, seterusnya mampu menjana pendapatan sampingan atau pendapatan bulanan yang kukuh untuk ekonomi rumah tangga kita? Jom kita ikuti beberapa perkongsian dari kami bagaimana untuk menjadi seorang yang benar-benar suportif dalam industri ini.

1. Berkongsi status rakan artist
Menjadi seorang yang selalu membantu rakan-rakan karyawan berkongsi status mereka pada akaun sosial media anda. Seorang yang saportif adalah orang yang dimana akan bantu membantu berkongsi status rakan-rakan artis yang lain dan sama-sama untuk maju. Aktiviti ini juga ada di dalam konsep keusahawanan.

2. Promosi kemahiran rakan kepada pelanggan.
Mempromosi kawan-kawan anda yang mempunyai kemahiran melukis yang super osem kepada pelanggan anda yang inginkan servis yang anda tidak mampu lakukan. Tidak perlu rasa khuatir kerana kita kehilangan pelanggan kita dengan memberi pelanggan kita kepada mereka. Yakin bahawa Allah akan memberi rezeki kepada kita yang lebih baik. Insya Allah.

3. Dorongan nasihat yang membina kepada emosi.
Memberi saranan dan nasihat yang membangun ketika saat mereka memerlukannya. Pastikan apabila kita menasihati sesuatu, kita pernah menempuh jalan itu dan berjaya melepasi jalan tersebut. Jangan menasihati perkara yang belum kita lakukan kepada mereka yang memerlukan.

4. Menggunakan khidmat atau servis rakan anda.
Apabila anda boleh memberi bantuan selain berbentuk emosional. Bantuan dalam bentuk wang ringgit dengan menggunakan perkhidmatan rakan-rakan atau juga anda boleh membeli produk mereka. Jika tidak mampu memberi bantuan berbentuk wang, anda boleh membantu mereka dengan memberikan kerja anda jika anda perlu siapkan dalam kadar segera. Bayar upah kepada mereka 20% daripada upah yang anda terima. Berikan dia tugas-tugas ringan supaya anda membuat tugasan-tugasan yang berat.

5. Sertai majlis, pesta buku dan jualan langsung.
Jika ada majlis pesta buku atau yang melibatkan jualan hasil karya, sertai anjuran tersebut dan berhadapan dengan pelanggan anda dengan membina rangkaian. Jangan hanya mengambil komisyen di online sahaja, perkenalkan diri anda di luar dengan cara menjual hasil karya anda di lapangan. Supaya orang tidak melupakan industri ini. Ramai artis lagenda serta otai-otai tanah air berjaya kerana mereka banyak pergi ke majlis-majlis dan pesta buku anjuran mana-mana pihak NGO. Ramai pelukis karikatur otai menjual hasil lukisan mereka dilapangan. Mereka cuba untuk menyemarakkan industri kita supaya artis pelapis juga boleh mendapatkan pendapatan hasil daripada jualan di lapangan.

6. Bersua muka dengan rakan-rakan artis di media sosial.
Bertemu rakan-rakan artis yang lain berbincang tentang hala tuju minat masing-masing untuk naikkan motivasi diri. Artis kena buang sifat introvert yang hanya bercakap hanya di media sosial. Buang sifat ego. Anda perlu tahu, manusia yang berjaya adalah orang yang berkomunikasi secara berhadapan. Kita perlu bersosial dengan rakan artis yang lain, berkongsi pengalaman berniaga, berurusan dengan pelanggan, supaya kita berubah menjadi extrovert. Berusahalah bercakap dan mengenali secara dekat dengan ramai kenalan artis baharu agar kita dapat mengubah persepsi negatif kita di media sosial.

     Akhir kalam, untuk menjadi seorang artis yang berjaya adalah sangat mudah. Yang membebani diri kita ada ego kita sendiri. Apabila kita tidak ada nilai-nilai suportif ini. Sampai bila kita akan duduk di takuk yang lama? Tanya diri kita sendiri, adakah kita seorang yang suportif untuk industri ini? Kartunis otai-otai masa mereka telah berlalu. Sekarang adalah waktu untuk karyawan muda bergerak dan mewarnai industri. Jika tidak kita, siapa lagi ingin menggerakkanya? Hendak berharap kepada penerbit? Siapa yang akan bantu kita? Semoga kita bertemu lagi di lain posting. Astalabista.

Penulis : Holo-G

3 comments: