08 February 2021

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman, hari ini Holo-G sangat berbesar hati untuk berkongsi file templat yang kami reka khas buat anda para artis yang mungkin anda semua tercari-cari, resit yang bagaimana mahu diberi kepada pelanggan anda selepas mereka telah selesai membuat pembayaran.

Tajuk            : Resit Rasmi (Official Receipt)
Designer      : Fix Ray
Lesen           : Percuma / Berbayar
Kategori      : Templat
Saiz               : Kertas A5
File                : Adobe Illustrator (Ai)
Setting          : Telah di setting khas untuk percetakan
Download   : Klik Link di sini
Ralat              : Gambar di dalam instagram dan facebook sahaja yang ditulis Quotation Receipt.

Kebenaran : Anda boleh mengguna, mengedit, mengubah templat ini untuk kegunaan urusan pekerjaan harian anda dengan bangganya. Ianya percuma!

Kemudahan Templat Percuma:
✔️ Boleh tukar jenis teks, font dan warna sahaja.
✔️ Boleh tukar Logo Syarikat Perniagaan anda.
✖️ Tidak boleh tukar design latar belakang kecuali anda design ia semula dan mengekalkan susun atur design atau mengubah susun atur sedia ada menjadi idea anda sendiri.

     Mungkin anda tertanya mengapa resit sangat penting kepada pelanggan? Resit diperlukan kepada semua pelanggan untuk mereka menyimpan data transaksi duit keluar dan masuk syarikat atau perniagaan mereka. Ini adalah bertujuan untuk mereka merekod pendapatan mereka setiap bulan. Mungkin ada yang tertanya mengapa penjual akan memberikan anda resit? Apa penting sangat dengan resit? Apakah impak jika sesebuah perniagaan yang mempunyai resit rasmi?

    Ya inilah resit rasmi selepas pelanggan telah membuat sebarang transaksi pembayaran kepada anda secara penuh. Ianya sesuai digunakan kepada semua jenis perniagaan. Ciri-ciri templat ini adalah universal kepada anda semua. Tidak kira artis atau peniaga yang luar daripada bidang. Resit sangat penting, apabila sesuatu organisasi mempunyai resit rasmi. Pelanggan akan lebih cenderung untuk terus untuk membuat sebarang transaksi dengan perniagaan servis anda.

     Tidak boleh dinafikan lagi, resit rasmi sangat memainkan peranan besar dan penting kepada sesuatu organisasi perniagaan mahupun syarikat. Pelanggan akan nampak anda sebagai salah satu syarikat perniagaan yang professional. Anda tidak perlu ragu-ragu menjual hasil karya servis anda dengan harga yang tinggi. Kredibiliti dan tahap professional anda terserlah didalam persembahan servis atau perniagaan anda.

     Holo-G berani untuk katakan rata-rata pelanggan anda 80% adalah yang telah berlajar ilmu berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Jadi anda perlu berfikir seperti usahawan jika anda mahu mereka melayani anda seperti usahawan juga. Buang gelaran freelancer daripada tahap professionaliti anda dan  tambah baik cara persembahan anda sebagai professional artis. Mahu download secara percuma templat ini? Klik butang Imej Butang Download Percuma di bawah.

     Komikbiz.com diwujudkan kepada anda terutamanya kepada para pelapis. Kami dorongkan anda ke sini agar anda jadikan kami sebagai sebagai rujukan utama bagi yang ingin cenderung untuk meningkatkan mutu professional anda. Kami akan membantu anda memberi bimbingan secara online disini. Semoga anda dipermudahkan segala urusan. Kita bertemu lagi di lain posting. Sekian Terima Kasih.

Penulis : Holo-G

1 comment:

  1. Wynn Casino & Resort - Jeopardy - Jeopardy - Jeopardy
    To make your dreams 양산 출장샵 come true, the Wynn 과천 출장안마 Las Vegas Casino & Resort has teamed up with 대전광역 출장마사지 the Jeopardy 광주 출장샵 crew to bring you their 목포 출장샵 latest creation!

    ReplyDelete