20 December 2019

Bengkel Melukis Karikatur Di MSU Seremban

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Seperti biasalah Hollo-G ingin berkongsi sedikit sebanyak rentetan jemputan acara majlis yang telah dijalankan oleh kami Pasukan Komik Biz Trainer. Pada 18 Disember 2019 yang lalu kami telah berjaya menjalankan Bengkel Melukis Karikatur di Kolej PTPL (MSU Seremban).


     Seramai 15 orang pelajar dari bidang Fotografi dan Multimedia mengikuti bengkel yang di anjurkan oleh pihak pengurusan MSU Seremban. Kami diberi masa selama dua jam sahaja untuk sesi bimbingan secara langsung kepada setiap pelajar yang hadir dalam bengkel ini. Jadi kami perlu


     Kartunis Nana memulakan sesi pengajarannya dengan membentangkan persembahan slideshow dari Microsoft Powerpoint selama 30 minit. Antara intipati tajuk utama yang dibentangkan di dalam slideshow adalah definisi lukisan, kategori lukisan, asal sejarah karikatur, definisi kartun, definisi komik, definisi karikatur, maksud seni karikatur, kategori karikatur, perbezaan lukisan potret dan karikatur, gaya persembahan karikatur dan banyak lagi topik-topik hangat yang diceritakan.


     Kartunis Ki To sedang melakarkan lukisan asas bentuk wajah karikatur kepada para pelajar. Objek yang dipilih oleh beliau ialah pelakon Will Smith. Wajah Will Smith di lukis untuk sesi pertama, wajag pelakon ini sememangnya mudah untuk dikarikaturkan, sangat mudah untuk para pelajar menghadam bentuk yang telah di lebih-lebihkan. Teknik yang diajar oleh Kartunis Ki To sangat mudah dimana setiap pelajar mesti mengikuti garisan yang telah dibuat oleh beliau. Sesi kedua pula pelajar diminta untuk memilih sesiapa sahaja untuk dilukiskan karikatur.

     Sepuluh orang perserta bergambar pada akhir sesi bersama dua orang pensyarah Sir Zaidi dan Puan Zakiah Johar. Pasukan Trainer kami diberi peluang untuk bergambar bersama-sama peserta yang mengambil bahagian dalam Bengkel Melukis Karikatur kali ini. Pasukan kami telah berjaya memberi bimbingan secara peribadi seramai sepuluh orang yang mengambil bahagian dalam bengkel melukis.
     Kami meminta pelajar untuk menunjukkan hasil karya mereka yang telah dihasilkan. Tahniah buat semua pelajar MSU Seremban kerana telah berjaya menghadiri Bengkel yang dianjurkan oleh kami. Ribuan terima kasih buat Pensyarah MSU yang telah menjemput kami untuk menjadi speaker dan trainer untuk membuka mata mereka. Apapun, kami amat berbangga mereka telah berjaya mengenali salah satu jenis Lukisan iaitu Karikatur. Semoga anda semua mencapai impian masing-masing di dalam bidang yang telah diceburi. Sekian terima kasih.

0 Komentar Berani:

Post a Comment