13 November 2020

Templat Papan Cerita

 

Boleh di cetak dalam saiz A4 dan A3

03 November 2020

     Assalamualaikum, salam buat semua warga negara Malaysia, hari ini Hollo-G ingin berkongsi artikel berkenaan bagaimana untuk menjadi orang yang suportif untuk industri Kartun dan Komik? Sengaja saya spesifikkan kepada kartun dan komik, kerana kami sememangnya fokus kepada industri ini untuk bantu pelapis muda. Jadi kami diwujudkan adalah untuk membantu para pelapis baharu supaya mendapat sinar dan melihat industri Kartun dan Komik adalah sebuah kerjaya yang berprestij tinggi dan supaya anda tahu bahawa di Malaysia suatu ketika dahulu banyak kejayaan yang telah ditempa oleh pelukis-pelukis lagenda negara kita.

     Apakah sumbangan kita supaya industri yang kita cintai ini terus berkembang dan pesat dan mencapai zaman kegemilangannya semula? Sebelum kita ketahui lebih lanjut, tanya pada diri apakah sumbangan kita untuk bersama-sama menjayakan bidang karier yang kita minat ini, seterusnya mampu menjana pendapatan sampingan atau pendapatan bulanan yang kukuh untuk ekonomi rumah tangga kita? Jom kita ikuti beberapa perkongsian dari kami bagaimana untuk menjadi seorang yang benar-benar suportif dalam industri ini.

1. Berkongsi status rakan artist
Menjadi seorang yang selalu membantu rakan-rakan karyawan berkongsi status mereka pada akaun sosial media anda. Seorang yang saportif adalah orang yang dimana akan bantu membantu berkongsi status rakan-rakan artis yang lain dan sama-sama untuk maju. Aktiviti ini juga ada di dalam konsep keusahawanan.

2. Promosi kemahiran rakan kepada pelanggan.
Mempromosi kawan-kawan anda yang mempunyai kemahiran melukis yang super osem kepada pelanggan anda yang inginkan servis yang anda tidak mampu lakukan. Tidak perlu rasa khuatir kerana kita kehilangan pelanggan kita dengan memberi pelanggan kita kepada mereka. Yakin bahawa Allah akan memberi rezeki kepada kita yang lebih baik. Insya Allah.

3. Dorongan nasihat yang membina kepada emosi.
Memberi saranan dan nasihat yang membangun ketika saat mereka memerlukannya. Pastikan apabila kita menasihati sesuatu, kita pernah menempuh jalan itu dan berjaya melepasi jalan tersebut. Jangan menasihati perkara yang belum kita lakukan kepada mereka yang memerlukan.

4. Menggunakan khidmat atau servis rakan anda.
Apabila anda boleh memberi bantuan selain berbentuk emosional. Bantuan dalam bentuk wang ringgit dengan menggunakan perkhidmatan rakan-rakan atau juga anda boleh membeli produk mereka. Jika tidak mampu memberi bantuan berbentuk wang, anda boleh membantu mereka dengan memberikan kerja anda jika anda perlu siapkan dalam kadar segera. Bayar upah kepada mereka 20% daripada upah yang anda terima. Berikan dia tugas-tugas ringan supaya anda membuat tugasan-tugasan yang berat.

5. Sertai majlis, pesta buku dan jualan langsung.
Jika ada majlis pesta buku atau yang melibatkan jualan hasil karya, sertai anjuran tersebut dan berhadapan dengan pelanggan anda dengan membina rangkaian. Jangan hanya mengambil komisyen di online sahaja, perkenalkan diri anda di luar dengan cara menjual hasil karya anda di lapangan. Supaya orang tidak melupakan industri ini. Ramai artis lagenda serta otai-otai tanah air berjaya kerana mereka banyak pergi ke majlis-majlis dan pesta buku anjuran mana-mana pihak NGO. Ramai pelukis karikatur otai menjual hasil lukisan mereka dilapangan. Mereka cuba untuk menyemarakkan industri kita supaya artis pelapis juga boleh mendapatkan pendapatan hasil daripada jualan di lapangan.

6. Bersua muka dengan rakan-rakan artis di media sosial.
Bertemu rakan-rakan artis yang lain berbincang tentang hala tuju minat masing-masing untuk naikkan motivasi diri. Artis kena buang sifat introvert yang hanya bercakap hanya di media sosial. Buang sifat ego. Anda perlu tahu, manusia yang berjaya adalah orang yang berkomunikasi secara berhadapan. Kita perlu bersosial dengan rakan artis yang lain, berkongsi pengalaman berniaga, berurusan dengan pelanggan, supaya kita berubah menjadi extrovert. Berusahalah bercakap dan mengenali secara dekat dengan ramai kenalan artis baharu agar kita dapat mengubah persepsi negatif kita di media sosial.

     Akhir kalam, untuk menjadi seorang artis yang berjaya adalah sangat mudah. Yang membebani diri kita ada ego kita sendiri. Apabila kita tidak ada nilai-nilai suportif ini. Sampai bila kita akan duduk di takuk yang lama? Tanya diri kita sendiri, adakah kita seorang yang suportif untuk industri ini? Kartunis otai-otai masa mereka telah berlalu. Sekarang adalah waktu untuk karyawan muda bergerak dan mewarnai industri. Jika tidak kita, siapa lagi ingin menggerakkanya? Hendak berharap kepada penerbit? Siapa yang akan bantu kita? Semoga kita bertemu lagi di lain posting. Astalabista.

Penulis : Holo-G

20 October 2020

Tudung Pun Malas


     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Pejam celik, pejam celik akhirnya kita kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semula. Ya, nampaknya serangan Covid-19 ni amat menguji keimanan kita meyakini bahawa Allah jua Maha Pemberi Rezeki kepada kita. Dikala PKPB ini, yang berlanjutan sehingga 27hb Oktober 2020, aku lihat masalah virus ini tak akan berhenti untuk 2 tahun ke depan.

23 August 2020

S.O.P Solat Jumaat

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Budiman, sehingga hari ini kita masih belum berjaya menewaskan musuh kita iaitu Virus Corona yakni dikenali sebagai Covid-19. Kita masih belum boleh melakukan solat Jumaat seperti dahulu. Agak sukar untuk dapat masuk ke masjid. Jika dulu kita malas ke masjid, kini kita sukar hendak ke masjid. Rasa rindu pula untuk ke masjid.

20 July 2020

Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)

     Ekspedisi kali ini kita akan sama-sama menyelusuri suatu tempat yang menarik di Kuala Lumpur, Hollo-G ingin berkongsi dengan anda satu tempat yang menarik yang wajib di datangi oleh pemain industri Kartun dan Komik di Malaysia. Sesiapa yang ingin mengaku dirinya adalah Kartunis Sejati wajib datang ke sini, bawa sanak-saudara anda agar mereka tahu Industri Kartun dan Komik bukan beshe-beshe. Kartunis Kito dan Kartunis Nana ada laporannya di bawah.


APA ITU RKKM (MCCH) ?
     Rumah Kartun dan Komik Malaysia ialah sebuah organisasi yang mengumpulkan karya-karya lama para Kartunis lagenda dan karya-karya kartunis otai dan kartunis baharu. Fokus RKKM terbina adalah untuk mengiktirafkan karyawan kartun dan komik melalui HARI KARTUNIS MALAYSIA setiap tahun menjelang 1 April. RKKM juga bertindak sebagai Galeri Seni yang mempamerkan sejarah kartun dan komik di Malaysia. Menyimpan semua lukisan-lukisan original dari pengkarya suatu ketika dahulu sehingga kini. Atas kesedaran beberapa orang kartunis yang telah lama ingin mewujudkan sebuah hub kartun tempatan. Akhirnya berjaya direalisasikan penubuhannya pada 1 April 2017, kira-kira dalam 3 tahun yang lalu.


     RKKM menjadi sebuah pusat acara utama bagi penggiat kartun Malaysia berkumpul dari serata negeri di Malaysia jika ada majlis yang diadakan di sana. RKKM banyak menyediakan info sejarah kartun dari kartunis-kartunis lagenda bermula seawal 1920an suatu ketika dahulu dan juga turut mempromosikan kartun-kartun terkini dengan persembahan gaya terkini.

     Bagi anak-anak terutamanya pelapis baharu yang cenderung berminat untuk berlajar berkenaan dengan kartun dan komik. Di sini ada menyediakan tempat untuk mereka berlajar melukis kartun dan komik. Jika anda berminat untuk hantar anak-anak anda ke sini, bolehlah hubungi Tuan Tazidi (Sifu) yang mengurus dan mengajar anak-anak anda di talian 0126670620 (Klik Link nombor untuk terus ke capaian whatsapp.)



     Tuan Kartunis Tazidi (Sifu) ialah salah seorang  mengendalikan bengkel Melukis Kartun dan Komik yang selalu diadakan pada setiap bulan empat kali kelas sahaja. Kelas diadakan setiap Sabtu atau Ahad, anda mestilah membuat temujanji terlebih dahulu dan memilih salah satu hari dengan Tuan Kartunis Tazidi. Harga bengkel melukis untuk pendaftaran kali pertama ialah RM130 sahaja. Selepas itu untuk bulan seterusnya RM100 sebulan.


     Banyak khazanah-khazanah sejarah industri kartun dan komik terkumpul di sini. Bagi para kartunis terutamanya pelapis baharu yang ingin mengetahui sejarah kartun dan komik terbentuk di Malaysia. Tuan Tazidi dan Tuan Pauh akan memberikan penerangan sejarah-sejarah pekartunan di Malaysia tanah airku yang tercinta.


     Bagi sesiapa yang tidak tahu dimana jalan untuk ke Rumah Kartun Dan Komik Malaysia, kami sediakan anda Google Map untuk terus ke Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Dibuka setiap hari Selasa hingga Khamis pada 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala Sabtu dan Ahad 9.30 pagi hingga 6.00 petang dibuka. RKKM tidak beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat,  kecuali atas permintaan temujanji oleh mana-mana organisasi atau pusat pengajian yang ingin datang pada hari itu untuk sesuatu program yang mereka anjurkan.


     Inilah rupa bentuk Galeri Kartun dan Komik yang berada di tengah-tengah kota raya di Kuala Lumpur. Jika tiada siapa yang menjaga khazanah berharga ini, kepada siapa lagi kita ingin harapkan? Kita seronok banggakan industri luar negara yang nampak gah di mata kita, seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Sedangkan industri kartun dan komik di luar negara berusaha mempromosi negara mereka sendiri dari mempromosi negara kita ke persada dunia. Kita harus melakukan beberapa anjakan paradikma untuk mempromosi industri kartun dan komik tanah air bersungguh-sungguh.

     Kita tidak nampak usaha kartunis tempatan berusaha keras membangunkan sebuah legasi untuk anak-anak pelapis kita bangga akan kewujudan dan perkembangan industri di negara kita sendiri. Kartunis-kartunis otai sentiasa bergerak secara sukarelawan untuk mewarnai industri kartun dan komik tanah air demi menjaga khazanah ini untuk di sampaikan kepada generasi penyambung seterusnya kelak. Marilah sama-sama kita semua berusaha untuk menaikkan industri Kartun dan Komik di Malaysia ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ditemui dalam Majlis Perasmian Pameran Kartun 'Kartunis vs Covid-19' di Rumah Kartun dan Komik Malaysia di Taman Botani Perdana hari Jumaat 26 Jun 2020 yang lalu. Sekian laporan aktiviti kami di Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Laporan Khas Daripada :
Kartunis Kito

Ringkasan Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)
Alamat :
Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap
Selasa hingga khamis
10.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu dan Ahad
9.30 pagi - 6.00 petang

Ditutup setiap
Isnin dan Jumaat
*kecuali atas tempahan oleh organisasi yang ingin buat lawatan.

Link ke capaian Rumah Kartun dan Komik Malaysia

Website : -

Facebook Page : https://www.facebook.com/rumahkartundankomikmalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/rumahkartundankomikmalaysia/

Twitter : -

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, hari ini Hollo-G ingin buat soalan kaji selidik berkenaan Kecenderungan Pembaca Komik Untuk Membaca Komik Di Tahun 2020. Mohon kepada semua untuk menjawab kesemua 16 soalan yang disediakan secara jujur. Mungkin borang kaji selidik ini tidak berguna bagi anda. Tetapi ia amat berguna kepada kartunis berstatuskan usahawan, penerbit,penulis yang memerlukan isi kandungan isu-isu semasa dan juga para Pelabur sudi untuk berikan Geran Perniagaan.

     Mengapa ianya sangat penting bagi mereka ini? Di dalam perjalanan bisnes, kajian ini perlu dijalankan ke atas sesebuah projek supaya kita dapat mensasarkan unjuran yang tepat dan mampan untuk sesuatu projek boleh dilaksanakan. Ini juga bagi menyakinkan kepada Usahawan terutamanya Kartunis yang menjalankan perniagaan menggunakan kartun dan komik mendapat kajian yang bagus untuk dimasukkan ke dalam proposal persembahan bisnes mereka untuk mendapatkan sesuatu geran untuk bisnes.

     Kami amat memerlukan sekurang-kurangnya 500-1000 responden untuk menjawab soalan kaji selidik ini agar kelak kami dapat berkongsi pandangan kami di website www.komikbiz.com dan membuat hipotesis dan kesimpulan daripada hasil yang di terima. Anda juga turut dapat manfaat daripada hasil soal kaji selidik ini dalam berkarya.

     Mohon bantuan daripada penggiat seni untuk membantu kami berkongsi dan menyebarkan link borang kaji selidik ini kepada rakan-rakan anda. Kami akan membuat beberapa perkongsian pada artikel website ini selepas mencapai target bilangan orang yang mengisi borang ini dan merumuskan satu kesimpulan agar kita sebagai pelukis komik boleh membuat cerita yang menarik mengikut kehendak keboleh pasaran sesuatu komik.

Jika anda mengalami beberapa kesukaran ketika mengisi borang ini sila rujuk masalah di bawah agar kami dapat menyelesaikan dengan baik. :

  1. Tidak dapat mengisi, borang meminta alamat email dan pasword. - Ini disebabkan anda belum Sign In email anda yang utama ke paparan Google.
  2. Borang ini sesuai di isi menggunakan komputer. Jika anda menggunakan mobile atau telefon pintar, sila isi menggunakan link ini https://forms.gle/PVEFUcb9FgePoseL7
  3. Setiap soalan harus di isi, jika tidak borang sukar di submit.
       Terima kasih dari pihak Komik Biz ucapkan kerana sudi menjawab soalan kaji selidik ini. Borang ini akan membantu pihak kami untuk mencipta kelainan di dalam industri penerbitan buku untuk mewarnai industri kartun dan komik kita. Jawapan anda sangat-sangat bernilai untuk kami jadikan rujukan kajian terkini. Insya Allah.

18 July 2020

Iklan Servis Lukisan


     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Hollo-G ada berita baik buat para pengkarya sekalian terutamanya kepada Pelukis. Hollo-G sangat berbesar hati untuk menjemput anda yang menjalankan perniagaan servis melukis untuk turut serta dalam program PERCUMA yang dijalankan oleh kami. Program ini dinamakan sebagai program Iklan Servis Lukisan. Dimana semua pelukis amat di alu-alukan untuk SERTAI GROUP ini. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai group ini. Kecuali anda mempunyai SSM dan ingin menyertai PROGRAM KOLABORASI di bawah status PEKERJAAN SAMBILAN.

     Apa yang menarik di dalam Komuniti ini adalah kami meletakkan iklan di bar sisi kanan kepada para pelanggan kami yang ingin mencari pelukis untuk projek mereka. Iklan yang di sediakan apabila diklik akan terus ke capaian pautan FORUM KOMIK BIZ. Khas buat ahli yang sertai secara percuma anda bebas untuk membuat perkongsian perniagaan anda di sini tanpa perlu risau daripada di Ban oleh admin kerana kami mencipta group ini khas untuk pengiklanan servis anda.

     Istimewa buat ahli, forum ini dibina sebagai kolam rezeki kepada anda. Tidak semestinya ikan akan dapat secara terus menerus. Di sini ibarat kita sedang memancing ikan di lautan yang luas. Oleh itu, iklan yang menarik pelanggan adalah umpan penyampaian ayat copywriting terbaik, susunan reka bentuk grafik yang terbaik, dan cara anda melayan pelanggan anda dengan baik. Kami juga akan berkongsi tips-tips bagaimana untuk menjadi Pelukis Usahawan yang terbaik di dalam Website ini.

     Forum Komik Biz adalah seperti group-group melukis yang lain. Di sini agak ketat undang-undang yang anda harus ikuti. :
  1. Anda tidak dibenarkan menerbitkan posting berkaitan hasil W.I.P, lukisan, dan juga berkongsi berkaitan hasil kerja anda di sini. Kecuali anda menyiarkan hasil lukisan yang terbaik sudah siap berserta harga yang anda tawarkan di tepi lukisan anda berserta dengan Telefon Whatsapp, instagram, dan blog anda. Sangat berbeza bukan?
  2. Setiap posting yang anda ingin siarkan haruslah mengikut kategori Topik yang kami telah sediakan tagnya di dalam group tersebut. Antara tag yang di sediakan adalah Segmen Pengenalan Diri Dan Perniagaan, Mentor Mente, Jual dan Beli, Perkongsian Pendapat, Perkongsian Pengalaman, dan Iklankan Bisnes.
  3. Boleh mengajukan soalan yang berkaitan pada siaran posting Penerbit Posting tersebut.
  4.  Untuk maklumat lebih lanjut boleh lihat Syarat menyertai Forum Komik Biz.
1. Disini saya ingin memberitahu cara-cara bagaimana untuk cipta posting menggunakan Topik Segmen yang ingin diciptakan. Pertama sekali Klik Pautan Perbincangan.

2. Klik pautan topik SEGMEN yang anda inginkan untuk menerbitkan penulisan anda.

3. Klik pada "Apakah yang anda ingin siarkan?

4. Tulis apa yang anda ingin kongsikan kepada kami di sini.

     Okaylah, sampai di sini sahaja penulisan saya. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya ini. Semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. Harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Makna dan Definisi Karyawan

     Hari ini Hollo-G ingin berkongsi sedikit tentang makna dan definisi beberapa perkataan yang merujuk kepada seorang  Karyawan yang menjalankan aktiviti melakar,melukis dan mewarna. Moga-moga kita semua dapat memahami lebih jelas tentang tugas-tugas mereka yang berada di dalam bidang yang dinyatakan. Hollo-G akan berkongsi tentang nama dan peranan Karyawan, Seniman, Artis, Kartunis, Pelukis,

1. ARTIST

     Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui. Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud Seniman. Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis.

Rujukan Link : https://ms.wikipedia.org/wiki/Artis

2. PELUKIS

     Melukis ialah suatu seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah grafit, pensel, pen dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayon, arang, kapur tulis, pastel, penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. ARTIS atau INDIVIDU yang berkarya melukis ini dipanggil PELUKIS manakala hasilnya dipanggil LUKISAN.

[se.ni.man] سنيمن , definisi Seniman merujuk kepada seorang yang mencipta sesuatu hasil seni seperti pelukis, penyair. Bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

3. SENIMAN

     Seniman adalah istilah subjektif yang merujuk kepada seseorang yang kreatif, inovatif, atau mahir dalam bidang seni. Penggunaan yang paling kerap adalah untuk menyebut orang-orang yang menciptakan karya seni, seperti lukisan, patung, seni peran, seni tari, kesusasteraan, filem dan musik. Seniman menggunakan imaginasi dan bakatnya untuk menciptakan karya dengan bernilai estetik. Ahli sejarah seni dan kritikus seni mendefinisikan seniman sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.

Rujukan Link : https://id.wikipedia.org/wiki/Seniman

4. KARTUNIS

     Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

     Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan menggunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus. Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

     Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.


5. MANGAKA

     Mangaka (漫画家) adalah perkataan Jepun untuk artis komik atau kartunis. Di luar Jepun, manga biasanya dirujuk sebagai buku komik Jepun dan mangaka dirujuk sebagai pencipta sesuatu manga, dimana dia seorang warga Jepun.

     Seorang mangaka akan bangkit menjadi terkenal melalui pengiktirafan keupayaan mereka apabila mereka mencetuskan minat institusi, individu atau demografi pengguna manga. Sebagai contoh, terdapat pertandingan yang bakal mangaka boleh masuk, yang ditaja oleh editor manga dan penerbit. Mereka juga diiktiraf bagi bilangan manga mereka berjalan pada satu-satu masa.

11 June 2020

PKPP Ikut S.O.P?

     Alhamdulillah kini kita semua sudah boleh bekerja seperti biasa. Tetapi dengan syarat kita harus mengikut S.O.P yang telah di perintahkan oleh Kerajaan. Alhamdulillah syukur, ini menunjukkan bahawa rakyat negara kita semakin mengikut arahan dari kerajaan. Ini adalah salah satu perubahan terbesar, mungkin pelajaran bagi umat Islam untuk mengikut kehendak syariat Allah yang telah ditetapkan.

10 June 2020

Borang Tempahan Reka Bentuk Design


Bisnes Kad - Templat 1

Khas buat pelanggan yang ingin nampak korperat, Templat design bisnes kad ini diberi nama Ocean Blue direka khas oleh FixRay.

Design Ekslusif : Templat
Printing : 100pcs/kotak

Sebut Harga di bawah :

03 June 2020

Site Map

Menu Page :

www.komikbiz.com

Perkhidmatan Kami
Reka Bentuk Grafik | Illustrasi / Karikatur | Fotografi / Videografi | Web Design | Khidmat Nasihat - Konsultansi Branding - Sesi Bimbingan Peribadi

Produk Ekslusif
Muat Turun - E-Majalah - Apps Komik.Zip - Fail Perniagaan - Templat Design | Buku dan Majalah | Cendera Hati | Pakaian | Barangan Melukis

Karekter Komik Biz

Soalan Lazim
Terma dan syarat | Sitemap

Jemputan Aturcara Majlis

Slider Website :

Download Majalah Komik Biz

Design Template percuma

Bengkel Melukis

Iklan Dengan Kami

Saluran Media Sosial
Facebook | Instagram | Youtube | Telegram | Twitter | Whatsapp | Deviantart

01 June 2020

Scrolling/Marquee Text

Membuat perkataan yang bergerak dapat menarik minat pengunjung terhadap pergerakan tersebut seterusnya menarik minat pengunjung apa yang ingin disampaikan oleh pemilik blog. Selain dikenali sebagai scrolling text, ianya juga dikenali sebagai marquee text. Walaupun pergerakan ini menarik minat, tetapi tidak digalakkan untuk diletakkan terlalu banyak di dalam blog kerana dibimbangi keadaan 'menarik' bertukar 'menyerabutkan'.:)

Berikut adalah tutorial untuk membuat perkataan bergerak.
Tutorial ini akan dimulakan dengan kaedah paling asas dan juga diletakkan penambahan.

1. Kod asas untuk perkataan bergerak (dari kiri ke kanan adalah)

<marquee>Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini seperti berikut:
Contoh scrolling text

2. Ubah pergerakan perkataan
Penambahan kod berikut diperlukan dalam kod asal.

direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"

Berikut contoh kod untuk pegerakan dari kanan ke kiri

<marquee direction="right" >Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

3.Ubah warna background
Untuk ubah background, perlu diletakkan kod berikut

bgcolor="#kod warna"

Senarai kod warna boleh didapati disini.

Contoh kod yang diletakkan background,

<marquee direction="right" bgcolor="#99CCFF">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

4. Perkataan dalam keadaan 'anjal'
Penambahan kod berikut diperlukan ke dalam kod asal.

behavior="alternate"

contoh kod yang diletakkan trick ini.

<marquee behavior="alternate" bgcolor="#99CCFF">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini
Contoh scrolling text

5.Ubah kelajuan perkataan.
Pergerakan juga dapat diubah dengan menambah kod berikut

scrollamount="2"

Contoh kod dengan trick ini.

<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" scrollamount="2">Contoh scrolling text</marquee>

Output:
Scrollamount :2
Contoh scrolling text

Scrollamount :4
Contoh scrolling text

6. Pause apabila cursor dilalukan.
Perkataan yang bergerak juga dapat dihentikan apabila dilalukan cursor. Kebiasaannya ini untuk memudahkan pengunjung untuk membaca apa yang ingin disampaikan tanpa ganguan.

Penambahan kod yang perlu dilakukan adalah

onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()"

Contoh kod dengan trick ini.


<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" >Contoh scrolling text</marquee>

output untuk trick ini.
Contoh scrolling text

31 May 2020

MAT KOMIK

Mat Komik ialah terma kata yang sering digunakan oleh rakyat malaysia, yang mana merujuk bahawa seseorang itu 'gila komik','kaki komik'.

Siapa Matkomik?
     Mat Komik ialah kata terma yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia yang mana merujuk bahawa jika seseorang itu 'gila komik', 'kaki komik' atau 'pengemar komik'. Justeru itu 'Matkomik' digunakan sebagai nama rasmi laman website ini. Isi kandungan laman website ini, semuanya mengenai Komik Malaysia yang dihasilkan oleh anak tempatan sahaja. Dan yang paling penting anda boleh membacanya secara percuma!.

     Tujuan utama website ini di wujudkan adalah sebagai 'platform' pengkarya komik tempatan sama ada amatur, semi amatur mahupun profesional memaparkan serta berkongsi cerita dalam bentuk komik dari pelbagai genre; drama/misteri/fantasi/aksi dan isu-isu semasa tanpa ada sekatan mahupun risau tentang jualan. Matkomik juga dijadikan tempat simpanan/arkib untuk generasi yang akan datang. Segala isi kandungan laman blog ini akan kekal terus di 'cloud' google selagimana ia terus ada.




COMIC CORE

Visi
Sebuah komuniti penggiat kartun dan komik serta bidang seni kreatif berkaitan yang bersatu atas dasar kesukarelawan menyumbangkan idea, tenaga dan kreativiti bagi merancang, menjalankan, membangunkan, memeriahkan serta mengindustrikan kartun dan komik Malaysia.

Misi
Mengadakan kerjasama strategik bersama penggiat kartun dan komik serta bidang seni kreatif berkaitan dan diurus selia oleh beberapa orang penggiat komik bertaraf pengurus serba boleh. Pengkhususan kepada pengurusan acara, kemahiran, latihan, pemasaran dan penerbitan/penghasilan produk kreatif untuk rakyat Malaysia dan memperkenalkan seni kreatif tempatan ke persada antarabangsa.
-Presiden

Produk
  1. Kartun & Komik
  2. Reka Bentuk Grafik
  3. Latihan & Bengkel
  4. Pengurusan Acara
  5. Penyelesaian Kreatif Sehenti
  6. dan banyak lagi.
Link berkaitan :

PEKOMIK

Persatuan Aktivis Komik Malaysia atau Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK)

Visi dan misi
PEKOMIK adalah untuk mempromosikan dan menyokong Tema Komik dan Kartun Malaysia, untuk meningkatkan industri dengan lebih tinggi dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di kalangan ahli. PEKOMIK adalah sebuah persatuan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Objektif
Penubuhan PEKOMIK adalah untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara artis komik, penulis komik, penerbit dan pembaca di Malaysia. Pada masa ini mempunyai kira-kira 100 ahli dari seluruh Malaysia.

Pekomik adalah pelopor :
  1. Anugerah Pekomik anugerah kartun & komik Malaysia
  2. cabaran komik 24 jam
  3. Minuman N Draw
  4. Inktober Malaysia
  5. Pekan Kartun
  6. Pekomikon

Persembahan PEKOMIK terkenal di seluruh dunia, malah artis komik bukan ahli dari Malaysia dipanggil sebagai 'PEKOMIK' semasa persidangan antarabangsa komik. iaitu Singapore Comic Con, Pop Con Asia, Pasar Komik Bandung, dll.

PEKOMIK adalah nama pengganti untuk ARTIS KOMIK dari Malaysia yang cenderung ke arah melukis Komik

Blogsite :

Facebook Page :

Instagram :

Twitter :

Kerajaan Komik

     Kerajaan Komik adalah sebuah laman web rasmi yang merakam aktiviti dan perjalanan Industri Kartun & Komik di Malaysia. Mereka ini adalah orang yang bertanggungjawab memeriahkan suasana industri kartun Malaysia. Website Kerajaan Komik adalah tempat terbaik bagi para karyawan pelapis dalam bidang kartun dan komik untuk melihat sendiri kemeriahan di dalam industri.

Website :

Facebook Group :

29 May 2020

Terma dan Syarat Komik Biz Studio

AMARAN!

     Laman web ini dicipta khas sebagai arkib menyimpan semua maklumat kami untuk memudahkan para pelanggan mencari perkara yang diinginkan untuk capaian lebih pantas. Lawan web rasmi ini bertindak sebagai multi-ads (Iklan-Multi) di mana kami akan mendorong semua iklan dari pelbagai akaun sosial ke dalam satu posting kami.


© Komik Biz Studio 2020. Hak Cipta terpelihara. Segala lukisan isi kandungan, di dalam blog ini adalah hasil karya original kami. Anda tidak dibenarkan sama sekali mengulang siar, mencetak, copy & paste, screenshoot, printscreen, save as image, copy image, edit gambar atau teks komik mengubah ayat dari hasil karya, proses clearing watermark dari karya asal dan dijadikan sebagai karya printing ke atas pelbagai jenis bahan cetakan dan jadikan ia hak milik syarikat/individu dan mendapat keuntungan dari situ.

Segala bahan dan isi kandungan yang dimiliki oleh pihak kami adalah untuk tujuan pengiklanan dan promosi untuk menaikkan trafik pelanggan kami menggunakan medium dan cara kami. Pengiklanan kami adalah kekal selamanya di dalam Majalah Komik Biz sahaja dan Video interaktif.

TERMA & SYARAT

     Terma dan syarat ini menggariskan peraturan dan peraturan untuk penggunaan laman web Komik Biz Studio. Dengan mengakses laman web ini kami menganggap anda menerima terma dan syarat ini sebaiknya. Jangan teruskan mengakses laman web Komik Biz Studio jika anda tidak menerima semua terma dan syarat yang dinyatakan di halaman ini.

     Kenyataan privasi dan notis penafian dan mana-mana atau semua perjanjian: Pelanggan merujuk kepada anda, iaitu orang yang mengakses laman web ini dan menerima terma dan syarat Syarikat. Syarikat Kami Sendiri, merujuk kepada organisasi kami. Kumpulan, Pihak, atau Kami, merujuk kepada kedua-dua Pelanggan dan kami sendiri, atau sama ada pelanggan atau kami sendiri.

     Semua terma merujuk kepada tawaran, penerimaan dan pertimbangan pembayaran yang diperlukan untuk menjalankan proses bantuan kami kepada Pelanggan dengan cara yang paling terbaik, sama ada melalui mesyuarat rasmi dalam tempoh tetap, atau apa-apa cara lain, untuk tujuan nyata untuk memenuhi keperluan pelanggan berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan/produk syarikat yang dinyatakan, mengikut dan tertakluk kepada, undang-undang Malaysia.

LESEN

     Komik Biz Studio dan/atau pemberi lesennya memiliki hak harta intelek untuk semua bahan di Komik Biz Studio. Semua harta intelek adalah hak cipta terpelihara. Anda boleh melihat dan/atau mencetak halaman daripada https://www.komikbiz.com  untuk kegunaan peribadi anda tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan dalam terma dan syarat ini.

Anda tidak boleh :
  1. Terbitkan serta mencetak semula bahan, isi kandungan, bunyian, illustrasi, dan penulisan.
  2. Menjual, menyewa atau sub-lesen bahan daripada website ini.
  3. Menghasilkan semula, menduplikasi atau menyalin bahan daripada https://www.komikbiz.com 
  4. Mengedarkan semula kandungan daripada Komik Biz Studio.
  5. Menggunakan stroke, karekter original lukisan daripada artist-artist kami dengan membuat Fan-Art lalu menjualnya kepada pihak ketiga iaitu pelanggan anda.
  6. Melukis fanart dengan mengubahsuai karekter original artist-artist kami dan membuat konsep anda tanpa izin pihak syarikat Komik Biz Studio dan daripada kartunis itu sendiri.
PEMELIHARAAN HAK

     Kami berhak pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami untuk meminta anda keluarkan semua pautan atau mana-mana pautan tertentu ke laman web kami. Anda bersetuju untuk segera mengalih keluar semua pautan ke laman web kami atas permintaan kami. Kami juga berhak untuk meminda terma dan syarat ini serta dasar pemautannya pada bila-bila masa. Dengan terus memaut ke laman web kami, anda bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat pautan ini.

PEMBUANGAN PAUTAN

     Jika anda mendapati mana-mana pautan di laman web kami atau mana-mana laman web yang dipautkan tidak menyenangkan dari pihak anda. Boleh terus menghubungi kami mengenai perkara ini. Kami akan mempertimbangkan permintaan anda untuk mengalih keluar pautan.

    Tetapi tidak akan mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian atau membalas terus kepada anda. Walaupun kami berusaha untuk memastikan bahawa maklumat di laman web ini adalah betul, kami tidak menjamin kesempurnaan atau ketepatannya. Kami tidak komited untuk memastikan tapak web kekal tersedia atau bahan di tapak web sentiasa dikemas kini selalu.

LIABILITI KANDUNGAN

     Pihak Komik Biz Studio tidak akan bertanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang kandungan yang dipaparkan di laman web anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan kami terhadap semua tuntutan yang timbul daripada atau berdasarkan laman web anda.

     Tiada pautan boleh muncul pada mana-mana halaman di tapak web anda atau dalam mana-mana konteks yang mengandungi kandungan atau bahan yang boleh ditafsirkan sebagai fitnah, lucah atau jenayah, atau yang melanggar, sebaliknya melanggar, atau menyokong pelanggaran atau pelanggaran lain, mana-mana hak pihak ketiga.

PENAFIAN

     Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami mengecualikan semua representasi, waranti dan syarat yang berkaitan dengan tapak web kami dan penggunaan laman web ini (termasuk, tanpa had, sebarang waranti yang tersirat oleh undang-undang berkenaan dengan kualiti yang memuaskan, kesesuaian untuk tujuan dan/atau penggunaan penjagaan dan kemahiran yang munasabah).

     Tiada apa-apa dalam penafian ini akan mengehadkan atau mengecualikan liabiliti kami atau anda untuk kematian atau kecederaan peribadi akibat daripada kecuaian. Mengehadkan atau mengecualikan liabiliti kami atau anda untuk penipuan atau salah nyata penipuan. Hadkan mana-mana liabiliti kami atau anda dalam apa jua cara yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, atau mengecualikan mana-mana liabiliti kami atau anda yang mungkin tidak dikecualikan di bawah undang-undang yang terpakai.

     Had dan pengecualian liabiliti yang dinyatakan dalam Seksyen ini dan di tempat lain dalam penafian ini: 
  • Tertakluk kepada perenggan sebelumnya
  • Mentadbir semua liabiliti yang timbul di bawah penafian atau berhubung dengan perkara penafian ini, termasuk liabiliti yang timbul dalam kontrak, dalam tort (termasuk kecuaian) dan untuk pelanggaran kewajipan berkanun.
Setakat laman web dan maklumat serta perkhidmatan di laman web disediakan secara percuma, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk.

19 May 2020

Perkara Haram Dalam Perniagaan

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim


Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan dalam perniagaan

Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:

1. Riba.

Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 278-279 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279).

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil

Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.

Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).

Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).

3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.

Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.

Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى يُزِيل الْبَرَكَتها.

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.

Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

4. Rasuah.

Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servisyang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.

Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.

Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

5. Memonopoli barangan (ihtikar).

Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;

عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.

Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.

Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223)

6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.

7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.

Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »

Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedangia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.

Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:

‏ابْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُ ‏قَالَ رَسُول ُاللَّهِ‏ ‏صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ ‏ ‏لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ‏ ‏وَمُبْتَاعَهَا ‏ ‏وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”

عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي الْفِتْنَةِ

Maksudnya:
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya fitnah (perselisihan)”

Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.

8. Haram menjual najis.

Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.

‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.

Penutup

Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Link Rujukan ini di copy dan paste dari :
     Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang bertanya kepada Hollo-G bagaimana untuk beriklan dengan kami dan apakah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh syarikat atau individu? Ya, kami amat menitik beratkan kaedah pengiklanan dengan Syarikat kami. Demi menjaga keberkatan dan diredhoi Allah. Kami telah menetapkan beberapa kriteria syarat yang mesti dipatuhi oleh pihak yang ingin beriklan dengan kami.

Kriteria & syarat beriklan dengan kami adalah seperti berikut :

Pengiklanan Produk :
Syarat iklan yang diterima oleh kami.

  1. Produk yang anda ingin hantarkan kepada kami mestilah produk yang telah terbukti berkesan dan mempunyai testimoni pelanggan.
  2. Anda sebagai pemilik produk atau pengguna produk yang ingin mengiklankan supaya pelanggan membeli produk dari anda mestilah telah menggunakan produk itu dan berjaya seperti apa yang dijanjikan kepada pelanggan.
  3. Mesti sediakan gambar-gambar produk yang jelas, tidak kabur, bersaiz pixel besar 1000x1000 keatas atau 1Mb ke atas.
  4. Jika tiada gambar, anda boleh hantar kepada kami untuk proses shooting gambar produk anda. Caj dikenakan untuk sesi pengambaran produk anda.
  5. Jika anda duduk jauh dari premis kami, boleh mengepos produk tersebut kepada kami.
  6. Jualan buku juga kami terima untuk diiklankan.
Kriteria Produk yang dilarang beriklan dengan kami.
  1. Iklan membesarkan aset tubuh badan.
  2. Minyak kuatkan alat sulit/kelamin.
  3. Menjual pakaian dalam wanita/lelaki.
  4. Mempromosikan permainan perjudian.
  5. Produk yang timbang kilo yang dikhuatiri akan memberi kesan sampingan kepada pelanggan.
  6. Produk makanan dan minuman Haram seperti Arak, dan Haiwan seperti Khinzir dan lain-lain.
  7. Produk buku yang melanggar batas norma kehidupan adalah dilarang.
  8. Komik yang tidak menjaga adab
Pengiklanan Servis :
Syarat iklan yang diterima oleh kami.
  1. Apa jua jenis servis perkhidmatan kami alu-alukan.
  2. Mesti beri bersama-sama gambar perkhidmatan yang anda lakukan.
  3. Perkhidmatan anda mestilah halal di sisi agama tidak melanggar batas agama.
  4. Servis melukis wajah/karikatur diterima.
Kriteria Servis yang dilarang beriklan dengan kami.
  1. Servis Pinjaman Wang berlesen.
  2. Servis mengurut batin lelaki.
  3. Servis jualan produk MLM
     Kami akur dalam menjalankan perniagaan pengiklanan ini. Kami tidak boleh semberono untuk menerima produk atau servis yang tidak dipercayai. Kami hanya melakukan apa yang terbaik dalam membantu anda mencapai permintaan pelanggan melalui produk kami. Tugas kami hanya untuk mempromosi entiti anda supaya dikenali oleh pembaca-pembaca kami.

     Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam harus menjaga amanah dan jujur dalam menjual produk dan memberi perkhidmatan kita supaya Allah meredhoi apa yang dibuat oleh kita.

Ekonomi PKPB


     Sejak PKPB dilaksanakan, Aku tengok semakin meriah ekonomi negara kita. Syukur kepada Allah kerana masih memberi ruang dan waktu kepada penduduk bumi Malaysia. Allah masih merahmati kita semua, namun apakah kita bersyukur?

     Sedangkan di negara lain sedang bertungkus lumus memerangi Pandemik Covid-19. Ramai orang terkorban asbab pandemik ini. Masyarakat kita harus berfikiran positif dalam perjuangan ini. Kita semua adalah satu, jangan berputus asa untuk tingkatkan ekonomi negara.

    Gunakan apa jua cara untuk pulihkan negara kita ini. Kepada usahawan sekalian, anda juga adalah seorang wira bagi negara. Anda juga bertindak sebagai pejuang barisan hadapan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia. Tanpa anda, nescaya ekonomi kita akan beku.

     Akhir kalam, jangan disudahi dengan perut yang berkembang pesat. Marilah kita kuatkan semangat untuk melawan dengan musuh yang tidak kelihatan ini dengan apa jua cara sekalipun. Jumpa lagi di lain posting. Assalamualaikum..

Ditulis oleh : Fixray

16 May 2020

Video Intro Komik Biz Rasmi

     Assalamualaikum semua, hari ini Hollo-G ingin mempersembahkan sesuatu yang baharu dari kami. Secara rasminya pada 16.5.2020 bersamaan hari Sabtu, team kreatif kami telah berjaya menyiapkan Video Intro untuk Komik Biz Studio. Jom kita saksikan video berdurasi 7 saat ini dari kami.


     Majulah Industri Komik Malaysia untuk karyawan-karyawan Malaysia. Marilah kita sama-sama untuk berjuang menaikkan semula industri Komik Malaysia. Sejurus keluarnya video intro rasmi ini, nantikan video-video akan datang kelak. Insya Allah. bertemu lagi kita di lain waktu.

02 May 2020

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman yang sudi menjelajah ke kawasan jajahan kami. Melihat kepada ekonomi negara Malaysia yang semakin membimbangkan, dimana masyarakat tidak lagi boleh melakukan norma-norma kehidupan bekerja seperti biasa. Ini agak membimbangkan bagi pemerintah negara kerana negara  Malaysia rugi 2.4 Billion sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di jalankan (Klik Disini untuk baca info lanjut).

     Pelbagai kemungkinan dan risiko mungkin akan berlaku jika Virus Covid-19 ini masih bertebaran di serata dunia jika masih ada yang berdegil tidak mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh World Health Organization. Perusahaan kecil, sederhana dan besar berimpak tinggi untuk jatuh jika kita masih tidak mendapatkan solusi untuk meningkatkan pendapatan kita sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung. Malah, pemegang ekonomi utama iaitu Amerika Syarikat sendiri sedang menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Ianya akan memberi tempias yang tidak bagus kepada negara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia.

     Holo-G akan berkongsi bagaimana cara terbaik untuk para usahawan membantu sesama usahawan yang lain untuk meningkatkan percambahan ekonomi dalam negara kita. Bagi menangani masalah Covid-19 daripada berlanjutan, saya akan senaraikan mengikut urutan daripada Pemerintah, Majikan, Pekerja, Usahawan dan Perniaga Kecil.

Pemerintah Negara haruslah membuat beberapa langkah yang efektif dan efisien kepada semua kategori sektor sama ada kerajaan atau swasta, antaranya adalah :

  1. Membenarkan para usahawan berniaga secara dalam talian dan memberi kelonggaran kepada ketua rumah untuk menghantar barang dalam jarak 30km perjalanan dengan syarat mestilah mendapatkan chop pengesahan daripada pihak Polis untuk Memohon Kelonggaran Berkhidmat.
  2. Benarkan usahawan yang memegang stok barang untuk beroperasi setiap hari dengan syarat mereka harus jadikan premis mereka sebagai rumah untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tidak membuka premis untuk orang ramai masuk ke dalam premis.
  3. Memperkasakan program penghantaran barangan menggunakan perkhidmatan Grab,Food Panda, Pos Laju dan lain-lain perkhidmatan penghantaran berdaftar.
  4. Bagi penjawat awam, melakukan tugas pengkeranian melalui talian atau video meeting untuk berkomunikasi dengan majikan.
  5. Bagi guru-guru, pensyarah dan tenaga pengajar haruslah memainkan peranan kepada pelajar mereka untuk menarik minat pelajar mereka untuk mengikuti kelas secara online.
     Manakala bagi Majikan yang mengelolai syarikat perlu bertindak kreatif terhadap pekerja mereka dan perniagaan yang mereka kelolakan. Antara idea yang boleh membantu usahawan untuk bergerak dalam fasa PKP ini secara talian, antaranya adalah seperti berikut :
  1. Majikan harus mulakan langkah pertama kepada pekerja dengan memberi sokongan padu dan mengetengahkan cara bekerja dari rumah. Majikan haruslah membuat video meeting untuk berkongsi pendapat sesama pekerja untuk mengetahui bagaimana cara untuk menjalankan operasi perniagaan walaupun di fasa PKP.
  2. Majikan perlu memilih pekerja yang  mengendalikan pekerjaan Sumber Manusia dan Servis Khidmat Pelanggan bekerja daripada rumah, manakala pekerja yang mengendalikan bahan atau produk bekerja di Kilang atau Stor.
  3. Pastikan premis anda di tutup dan tidak boleh dimasuki oleh ramai pelanggan jika berkaitan printing,pakaian atau produk-produk, segala urusan haruslah melalui talian.
  4. Majikan harus berusaha mendidik pekerja menjadi lebih fleksible bekerja melalui rumah dengan memberi penerangan dan suntikan semangat.
  5. Perkongsian ilmu dan semangat bagaimana majikan memulakan syarikat mereka dari permulaan hingga mencapai kejayaan kepada para pekerja.
     Seterusnya untuk para Pekerja, mereka haruslah mula untuk berfikir dan kreatif dalam menangani masalah yang sedang di hadapi. Pekerja harus memahami majikan kerana tanpa majikan mereka tidak akan sampai di tahap ini. Antara idea yang menarik boleh di aplikasikan kepada semua pekerja.
  1. Mungkin sudah sampai waktunya pekerja harus lebih kreatif dalam membantu majikan anda dengan menambah ilmu kemahiran baharu iaitu kemahiran yang belum kita pernah pelajari.
  2. Membantu majikan memudahkan usaha mereka untuk memajukan perniagaan bersama-sama dan merasai satu pasukan yang kuat.
  3. Pekerja mesti mula bersemangat dan positif dan jangan berfikir untuk bertukar tempat pekerjaan kerana inilah perasaan suatu ketika dahulu Majikan anda rasai.
  4. Pekerja boleh melakukan pekerjaan online menjalankan urusan bisnes dan menjawab soalan pelanggan di rumah sahaja.
  5. Bagi pekerja yang menjaga stok atau produk, mereka bertanggungjawab untuk menjaga amanah Majikan menghantar produk kepada semua pelanggan mengikut permintaan.
  6. Bahagikan tugas dengan rakan pekerja yang lain menjaga stok untuk membawa balik stok dan menjual kepada pelanggan secara atas talian.
  7. Bagi yang bujang bersedialah berkhidmat di premis secara sukarela dan mintalah majikan perkenankan permintaan anda untuk berkhidmat serta mendapat gaji kerja lebih masa. Pada masa yang sama berbincanglah prihal cuti berehat.
     Khas buat Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana, ini idea yang sesuai untuk anda fikirkan dan aplikasikan ke dalam bisnes anda. Antaranya adalah seperti berikut :
  1. Usahawan perlu menambah baikkan perkhidmatan perniagaan anda dengan cara mempelajari ilmu marketing secara talian jika anda bukan seorang Usahawan  yang menggunakan medium ini.
  2. Usahawan kecil dan sederhana perlu bertindak lebih kreatif dalam menyampaikan marketing di facebook page anda bagi menarik minat pelanggan untuk membeli.
  3. Usahawan sesama usahawan harus saling membantu mempromosikan perkhidmatan masing-masing kepada rakan dan jangan takut akan rezeki itu tidak sampai kepada kita kerana apabila kita membantu orang lain, tidak bermakna orang lain akan membantu kita semula. Yakini bahawa Allah akan memberi rezeki lebih baik selepas itu.
  4. Usahawan perlu berlajar bagaimana untuk melepasi sekatan Polis semasa PKP untuk menjalankan perkhidmatan jualan COD menggunakan kenderaan Motosikal atau Kereta. Lebih afdal kita memilih Motosikal kerana kita boleh mencelah ketika jalan raya jam. Berlajar membuat surat rasmi dan mencari di google Cara menulis surat pelepasan bekerja semasa pkp.
  5. Usahawan yang berniaga makanan, boleh menggunakan cara menjual makanan dari rumah ke rumah berdekatan ketika fasa PKP sedang berjalan dengan memastikan ketika jualan anda memakai mask dan sarung tangan.
  6. Usahawan boleh meletakkan perkhidmatan dan nombor telefon bisnes setiap rumah dan menyatakan bisnes apa yang anda sediakan.
  7. Manakala usahawan yang sebelum ini membuat perkhidmatan yang melibatkan sentuhan, boleh berubah kepada bisnes baharu sementara menanti PKP tamat tempoh. Mula mencari ilham di mana-mana sama ada di dalam group usahawan atau di mana mentor-mentor bisnes membuat Mentorship percuma.
  8. Bagi bisnes printing atau grafik design, gunakan kemahiran anda untuk memarketing dan ambil servis secara online membantu usahawan lain menaikkan Viewer Facebook Page mereka.
  9. Kepada peniaga makanan, boleh cuba meniru cara india atau bangla jual makanan ringan di atas moto. Boleh tukarkan dengan cara membawa kereta dan berhenti di tapak parking kereta, kemudian buat banner untuk menjual makanan untuk berbuka.
  10. Ada juga yang buat jualan rumah kerumah dengan mengetuk pintu rumah, tetapi mungkin cara ini agak tidak selesa bagi jiran-jiran kerana mendengar bunyi ketukan. Tetapi ini adalah cara suatu ketika dahulu yang pernah sales promoter buat, tetapi sudah lama tidak di mulakan semula.
  11. Iklankan di whatsapp status akan perniagaan kita dan sebarkan iklan marketing jualan makanan kita kepada semua kenalan. Insya Allah akan ada pembelinya. Namun kena menetapkan kadar jarak COD kerana keterbatasan perjalanan.
     Tambahan lagi, bagi para Pekerja yang telah dibuang pekerjaan, Pelajar IPTA/IPTS atau Pengangur tegar, usah gusar dan sedih kerana peluang anda lebih besar untuk mempelajari ilmu baharu ketika PKP ini. Bagi pengangur, pelajar atau bekas pekerja mulakan langkah dan mula pasang niat berserta azam baharu 2020 untuk menjadi seorang usahawan kecil. Antaranya idea yang bagus untuk anda adalah seperti berikut :
  1. Suri rumah sepenuh masa yang pandai memasak boleh berubah dengan membuat bisnes kecil-kecilan menghantar produk makanan mereka kepada jiran tetangga.
  2. Pelajar boleh mula membuat perniagaan mengikut apa kemahiran yang telah mereka berlajar di Universiti sebagai contoh, khidmat grafik design, anda sudah boleh mempraktikan pekerjaan grafik design secara freelancer ketika PKP.
  3. Penganggur yang di buang pekerjaan, gunakan masa dan apa yang anda ada berubah kepada pekerja membawa GRAB atau Food Panda dan lain-lain bisnes.
  4. Pertingkatkan ilmu dan kemahiran marketing dengan pemilik-pemilik bisnes yang masih menjalankan bisnes dan jualan secara online. Berlajar dari mereka di facebook live.
  5. Banyak Mentor-mentor bisnes yang membuat kelas percuma di facebook akaun mereka, cuma kita tidak berjumpa dengan siapa patut dirujuk. Anda boleh melihat mentor seperti Dato Irfan Khairi , Dato Azizan Osman, dan lain-lain.
  6. Ramai Pemilik Bisnes yang sedang berusaha memberi ilmu perkongsian pengalaman secara percuma, anda yang baru untuk mula bolehlah daftar di www.funnelevo.com untuk mempelajari ilmu perkongsian mereka secara live dengan percuma sahaja.
  7. Ada juga kelas yang di anjurkan oleh MDEC secara online dan percuma. Anda boleh klik Kursus Digital Marketing Fundamental bersama Master Azriel klik https://masterazriel.wasap.my  ini untuk whatsapp direct untuk soalan lebih lanjut. Kursus ini adalah percuma sahaja bagi sesiapa yang kelapangan sila klik bit.ly/pemasarandigital2020  untuk melihat butiran.
     Akhir sekali ini adalah sedikit sebanyak idea perkongsian kepada semua Pemerintah, Majikan, Pekerja, Usahawan dan Penganggur di kala PKP untuk kita sama-sama #kitajagakita bersama. Siapa lagi yang mampu membantu kita dikala ini melainkan saudara seIslam yang ada di Malaysia. Jadi jika anda mempunyai idea yang lebih baik jangan segan-segan untuk berkongsi di komentar agar semua orang beroleh manfaat daripada artikel ini.

     Kesimpulanya, masih ada pelbagai cara untuk kita melakukan perniagaan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. Ini adalah perkongsian sahaja untuk bantu sesiapa yang sukar untuk mendapat ilham dan idea bagaimana untuk kelangsungan hidup di fasa PKP. Segala yang baik adalah dari Allah, salah dan silap adalah dari saya sendiri. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1441 Hijriah dengan penuh kesabaran. Semoga bertemu lagi kita di artikel yang lain. Insya Allah.