20 July 2020

Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)

     Ekspedisi kali ini kita akan sama-sama menyelusuri suatu tempat yang menarik di Kuala Lumpur, Hollo-G ingin berkongsi dengan anda satu tempat yang menarik yang wajib di datangi oleh pemain industri Kartun dan Komik di Malaysia. Sesiapa yang ingin mengaku dirinya adalah Kartunis Sejati wajib datang ke sini, bawa sanak-saudara anda agar mereka tahu Industri Kartun dan Komik bukan beshe-beshe. Kartunis Kito dan Kartunis Nana ada laporannya di bawah.


APA ITU RKKM (MCCH) ?
     Rumah Kartun dan Komik Malaysia ialah sebuah organisasi yang mengumpulkan karya-karya lama para Kartunis lagenda dan karya-karya kartunis otai dan kartunis baharu. Fokus RKKM terbina adalah untuk mengiktirafkan karyawan kartun dan komik melalui HARI KARTUNIS MALAYSIA setiap tahun menjelang 1 April. RKKM juga bertindak sebagai Galeri Seni yang mempamerkan sejarah kartun dan komik di Malaysia. Menyimpan semua lukisan-lukisan original dari pengkarya suatu ketika dahulu sehingga kini. Atas kesedaran beberapa orang kartunis yang telah lama ingin mewujudkan sebuah hub kartun tempatan. Akhirnya berjaya direalisasikan penubuhannya pada 1 April 2017, kira-kira dalam 3 tahun yang lalu.


     RKKM menjadi sebuah pusat acara utama bagi penggiat kartun Malaysia berkumpul dari serata negeri di Malaysia jika ada majlis yang diadakan di sana. RKKM banyak menyediakan info sejarah kartun dari kartunis-kartunis lagenda bermula seawal 1920an suatu ketika dahulu dan juga turut mempromosikan kartun-kartun terkini dengan persembahan gaya terkini.

     Bagi anak-anak terutamanya pelapis baharu yang cenderung berminat untuk berlajar berkenaan dengan kartun dan komik. Di sini ada menyediakan tempat untuk mereka berlajar melukis kartun dan komik. Jika anda berminat untuk hantar anak-anak anda ke sini, bolehlah hubungi Tuan Tazidi (Sifu) yang mengurus dan mengajar anak-anak anda di talian 0126670620 (Klik Link nombor untuk terus ke capaian whatsapp.)



     Tuan Kartunis Tazidi (Sifu) ialah salah seorang  mengendalikan bengkel Melukis Kartun dan Komik yang selalu diadakan pada setiap bulan empat kali kelas sahaja. Kelas diadakan setiap Sabtu atau Ahad, anda mestilah membuat temujanji terlebih dahulu dan memilih salah satu hari dengan Tuan Kartunis Tazidi. Harga bengkel melukis untuk pendaftaran kali pertama ialah RM130 sahaja. Selepas itu untuk bulan seterusnya RM100 sebulan.


     Banyak khazanah-khazanah sejarah industri kartun dan komik terkumpul di sini. Bagi para kartunis terutamanya pelapis baharu yang ingin mengetahui sejarah kartun dan komik terbentuk di Malaysia. Tuan Tazidi dan Tuan Pauh akan memberikan penerangan sejarah-sejarah pekartunan di Malaysia tanah airku yang tercinta.


     Bagi sesiapa yang tidak tahu dimana jalan untuk ke Rumah Kartun Dan Komik Malaysia, kami sediakan anda Google Map untuk terus ke Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Dibuka setiap hari Selasa hingga Khamis pada 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala Sabtu dan Ahad 9.30 pagi hingga 6.00 petang dibuka. RKKM tidak beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat,  kecuali atas permintaan temujanji oleh mana-mana organisasi atau pusat pengajian yang ingin datang pada hari itu untuk sesuatu program yang mereka anjurkan.


     Inilah rupa bentuk Galeri Kartun dan Komik yang berada di tengah-tengah kota raya di Kuala Lumpur. Jika tiada siapa yang menjaga khazanah berharga ini, kepada siapa lagi kita ingin harapkan? Kita seronok banggakan industri luar negara yang nampak gah di mata kita, seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Sedangkan industri kartun dan komik di luar negara berusaha mempromosi negara mereka sendiri dari mempromosi negara kita ke persada dunia. Kita harus melakukan beberapa anjakan paradikma untuk mempromosi industri kartun dan komik tanah air bersungguh-sungguh.

     Kita tidak nampak usaha kartunis tempatan berusaha keras membangunkan sebuah legasi untuk anak-anak pelapis kita bangga akan kewujudan dan perkembangan industri di negara kita sendiri. Kartunis-kartunis otai sentiasa bergerak secara sukarelawan untuk mewarnai industri kartun dan komik tanah air demi menjaga khazanah ini untuk di sampaikan kepada generasi penyambung seterusnya kelak. Marilah sama-sama kita semua berusaha untuk menaikkan industri Kartun dan Komik di Malaysia ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ditemui dalam Majlis Perasmian Pameran Kartun 'Kartunis vs Covid-19' di Rumah Kartun dan Komik Malaysia di Taman Botani Perdana hari Jumaat 26 Jun 2020 yang lalu. Sekian laporan aktiviti kami di Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Laporan Khas Daripada :
Kartunis Kito

Ringkasan Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)
Alamat :
Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap
Selasa hingga khamis
10.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu dan Ahad
9.30 pagi - 6.00 petang

Ditutup setiap
Isnin dan Jumaat
*kecuali atas tempahan oleh organisasi yang ingin buat lawatan.

Link ke capaian Rumah Kartun dan Komik Malaysia

Website : -

Facebook Page : https://www.facebook.com/rumahkartundankomikmalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/rumahkartundankomikmalaysia/

Twitter : -

1 comment: