11 July 2023

     Komik menjadi salah satu wadah utama untuk menghiburkan, memberi ilmu, menyampaikan propaganda dan menyampaikan sesuatu idea kepada pembaca terus melalui penceritaan panjang. Melihat kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin hari semakin canggih. Terutamanya semakin banyak akaun sosial yang berkembang dengan persembahan terkini.

Tapak Jualan MSU Seksyen 13, Shah Alam sambutan Ihya Ramadan 2023.

     Sehingga satu tahap nanti, komik akan jadi bahan marketing sesuatu produk sama seperti akaun sosial yang lain. Sama ada marketing produk pelanggan, atau marketing produk branding artis itu sendiri. Apabila ini berlaku, nescaya jumlah percetakan buku akan semakin hilang pembelinya. Maka, persediaan untuk menghadapinya adalah artis haruslah mencipta branding produk yang kukuh untuk maju ke peringkat seterusnya.

     Di dalam peringkat untuk menjadi seorang usahawan artis, pastinya akan ramai artis baru akan muncul yang suka melihat hasil karya kita, lalu mereka sudah pasti akan menggunakan karya kita untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Tidak salah untuk menggunakan OCIP orang lain untuk menunjukkan anda menghargai karekter pelukis lain. Tetapi kita sebagai artis yang baharu harus peka dengan terma dan syarat hak cipta yang dibenarkan oleh pihak pemilik.

    Rata-rata artis yang sudah lama mengetahui akan akta hak cipta. Artis baharu harus mengambil tahu had yang dibenarkan kerana sejak akhir-akhir ini semakin banyak pesta-pesta jualan yang berkaitan "Anime and Game Malaysia" (AGM) dianjurkan oleh pihak penganjur. Akan datang sudah pasti akan semakin banyak juga pesta jualan yang berkaitan AGM ini tidak lagi dikenakan yuran untuk masuk ke Mall.

     Kita akan melihat semakin ramai artis yang akan menggunakan platform ini untuk menjual barang-barang cenderamata, pakaian dan lain-lain produk yang mereka boleh hasilkan menggunakan hasil lukisan mereka. Tidak salah untuk menggunakan hasil lukisan mereka sendiri untuk dijual di tapak pesta. Menjadi satu kesalahan apabila kita menghasilkan lukisan lalu kita menggunakan Harta Intelek daripada artis lain untuk dijual di tapak jualan. Rujukan lanjut sila klik perkataan Akta Hak Cipta . Mana-mana artis yang menjual hasil Fanart ianya adalah satu kesalahan.

     Mereka yakni artis-artis muda mungkin tidak mendapat pendedahan dan info yang secukupnya daripada pihak artis yang lebih berpengalaman. Jika kita abaikan perkara yang tidak BERETIKA ini, akan lahir ramai artis yang mengambil kesempatan menjual barangan atau produk sesuatu syarikat dengan rakusnya. Lantas, untuk memberi ilmu dan pendedahan perlu diperkuatkan oleh pemain industri kerana akan datang penjualan produk-produk akan menjadi relevan kepada pemilik "Original Character Intelectual Properties" (OCIP). Kita harus wujudkan suasana persaingan yang sihat di dalam industri, jika tidak kita mulakan dari akar umbi. Siapa lagi yang bakal menaikkan industri.

     Apabila ramai artis sedar akan menjaga hak cipta hasil karya sendiri itu lebih penting daripada menggunakan hak cipta orang lain lalu jadikan ia sumber mata pencarian yang haram untuk diri kita. Maka persaingan dalam industri akan menjadi bersih dan sihat kerana amaran dan ilmu ini dipraktikkan di dalam komuniti. Pemilik OCIP juga boleh bersaing dengan tenang dan mendapat keuntungan yang lebih daripada hasil jualan mereka menggunakan hasil karya mereka sendiri.

       Semakin banyak artis yang menggunakan medium penyampaian karya komik secara online di media sosial. Ini menandakan bahawa komik ialah satu medium marketing untuk sesuatu propaganda yang mahu artis sampaikan. Sama ada melalui membantu memarketingkan produk syarikat lain, atau memarketingkan produk daripada brand artis itu sendiri.

      Kesimpulannya, kepada artis baharu, untuk ke peringkat seterusnya artis sendiri haruslah berlajar ilmu keusahawanan, dan mengetahui ilmu-ilmu hak cipta ini dengan lebih mendalam. Ini akan menaikkan nilai identiti karya anda ke peringkat yang lebih besar. Artis akan semakin nampak nilai tambah di dalam mempersembahkan branding produk mereka sendiri. Justeru mereka akan lebih berintregiti dalam beretika menjadi seorang pemain industri yang berwawasan.

04 July 2023

 

     Isu yang kadangkala remeh tetapi ianya adalah masalah besar bagi sesuatu individu yang ingin maju berjaya sukar untuk menjalani harian mereka disebabkan oleh gangguan-gangguan masalah yang telah dianggap remeh. Siapa lagi yang menanggung risiko besar kalau bukan usahawan terutamanya artis.

     Persoalannya, betulkah mereka yakni pelukis yang cuba untuk jadikan produk OCIP artis lain mendapat untung sedikit? Di atas admin telah berkongsi rajah Diagram singkatan untuk kita lebih memahami apakah masalah yang di hadapi oleh pemilik asal karekter yang cuba untuk berjaya dalam karier mereka sebagai usahawan.

03 July 2023

        Sudah pasti kita semua sebagai artis mengimpikan kerjaya dalam bidang yang kita minat bukan? Mahu berjaya kita harus mempunyai ilmu untuk meletakkan kita di posisi yang bagaimana? Artis yang semestinya mahu berjaya, pasti mereka ini rata-rata mempunyai guru, sifu, tok guru, atau idola yang membuat mereka terus bersemangat dalam menjalani hidup mereka di dalam industri itu sendiri.

     Ayuh ikuti orang-orang berjaya nescaya kita akan menjadi orang yang berjaya. Menjadi seorang artis ada pelbagai pilihan dan kategori. Antaranya seperti di bawah :

1. PEMINAT KARYA KOLEKTOR
  • Mereka tidak pandai melukis, tetapi mereka meminati karya pelukis.
  • Berkawan dengan pelukis.
  • Suka berdamping dengan pelukis.
  • Suka buat pertukaran barang seni
  • Suka menjual semula barang-barang artis diminati
  • Suka mengumpul produk atau cenderamata daripada hasil karya artis.

2. ARTIS SEPARUH MASA (FREELANCER ARTIST)
  • Artis yang bekerja dengan MAJIKAN tiada kaitan dengan SENI.
  • Tetapi buat PERNIAGAAN MELUKIS secara SEPARUH MASA.
  • Mereka ini mempunyai banyak ilmu bagaimana untuk mengendalikan masa bekerja dan masa rehat.
  • Selalunya mereka ini mempunyai ilmu bagaimana untuk menjual produk secara dalam talian.
3. ARTIS PROFESSIONAL (PRO ARTIST)
  • Artis bekerja dengan MAJIKAN yang berkaitan SENI juga. Ilmu mereka banyak hal-hal di studios.
  • Artis PRO bukanlah artis yang hebat dengan pelbagai kemahiran, tetapi ianya adalah istilah PROFESSIONAL di dalam satu bidang sahaja.
  • Mereka ini sangat fokus dalam bidang mereka, ramai diantara mereka ialah yang pandai bermain dengan warna.
  • Mereka selalunya akan buat semua perkara yang sama dan rutin mereka selalunya 80% adalah sama iaitu perkara yang sama sahaja difokuskan.
  • Selalunya mereka ini mempunyai lesen perniagaan
  • Kemahiran mereka hanyalah satu sahaja.
4. ARTIS PERNIAGA SEPENUH MASA (FULLTIME ARTIST)
  • Artis yang bekerja sendiri sepenuh masa mempunyai lesen perniagaan atas nama mereka.
  • Rutinnya banyak mengambil kerja semuanya berkaitan servis melukis, mengecat dan lain-lain kerja berkaitan seni visual.
  • Mereka ini banyak pengalaman MENGURUS PROJEK BESAR atau banyak masuk MAJLIS KERAMAIAN.
  • Mereka ini selalunya ARTIS SOLO dan banyak membuat karya yang berkaitan servis.
  • Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai PROFESSIONAL ARTIS, cuma frasa professional tidak layak dipegang kerana mereka MULTI-SKILL dan boleh membuat pelbagai kerja yang melibatkan seni.
5. ARTIS USAHAWAN (ENTREPRENURE ARTIST)
  •  Artist yang bekerja sendiri sepenuh masa.
  • Mereka mengambil servis dan juga menghasilkan produk sendiri.
  • Fokus jualan mereka adalah terhadap branding mereka sendiri.
  • Selalunya mereka ini mempunyai Agent / Pekerja untuk membantu jualan
  • Mempunyai sistem dalam pengurusan bisnes mereka.
  • Mereka selalunya adalah PEMILIK dan C.E.O dalam syarikat mereka sendiri.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah iaitu SSM.
     Sebagai artis, anda harus meletakkan posisi anda di kategori yang jelas, supaya anda tahu batas ilmu anda di bahagian mana dan juga, apabila anda ingin sampaikan ilmu tidak tersasar daripada kategori anda. Jelas sekali ada yang semberono masuk ke postingan ilmu-ilmu orang yang menyampaikan ilmu di tahap tertentu. Tetapi mereka tidak bersetuju dengan pandangan individu yang lebih tinggi tingkatan ilmu mereka.

     Apabila kita tidak meletakkan posisi kita, segala hujah untuk kita sangkalkan ilmu di bidang lain tidak boleh dipakai kerana kita tidak pernah mengendali sesuatu organisasi. Tidak salah untuk memberi pandangan, tetapi sesuai dengan tingkatan ilmu dan pengalaman kita. Admin juga pernah melalui semua fasa di atas, kini admin berada di nombor 5.

     Ilmu yang benar adalah apabila kita pernah menjalani sendiri, merasai sendiri kesusahan, dan mengalami asam garam turun dan naik di dalam profession yang kita ceburi. Apabila kita berpengalaman, segala hujah kita akan menjadi pemankin untuk orang lain menjadi suri tauladan dan menggunakan ia sebaik yang mungkin.