23 February 2022
11 February 2022
29 January 2022
18 January 2022
Lukisan Karikatur Ikonik
1. Terma dan syarat menempah yang mesti dipatuhi oleh pelanggan kami.
Bagi pelanggan yang ingin menempah hasil karya Lukisan Karikatur Ikonik, ada beberapa syarat yang anda mesti patuhi. Kami membuka dua jenis hasil karya dengan lesen yang berbeda. Kegunaan lesen ini adalah dengan pembelian anda dengan harga tertentu. Anda boleh memilih sama ada sebagai kegunaan peribadi ataupun kegunaan untuk tingkatkan jualan atau dijadikan sebagai produk rasmi syarikat anda. Sila baca kenyataan ini sebelum anda membuat sebarang tempahan dengan kami supaya tidak terjadi situasi salah faham di kemudian hari.
Berikut adalah jenis-jenis lesen yang diberikan kepada anda :
Lesen Kegunaan Peribadi (Non-Comercial)
- Pelanggan yang menempah adalah berkategorikan "individu" sahaja.
- Pelanggan mestilah tidak menggunakan sebarang illustrasi kami bertujuan untuk meningkatkan jualan untuk syarikat dan perniagaan anda.
- Produk kami digunakan bertujuan sebagai hadiah, cenderahati, cenderamata, koleksi, dan kenang-kenangan.
- Lukisan hanya diberi dalam bentuk fizikal dan dihantar melalui pos laju ke alamat premis atau rumah anda.
- Pelanggan yang menempah adalah berkategorikan "individu/entiti/organisasi/perniagaan/syarikat".
- Ingin menggunakan lukisan kami untuk meningkatkan jualan, dijadikan produk fizikal, menaikkan branding syarikat dan mempromosikan iklan.
- Lukisan akan diberikan dalam bentuk digital, dan dihantar melalui alamat email organisasi anda.
- Saiz 3058 X 4961 pixel, 300dpi High Resolution, RGB Mode.
- Gambar yang anda ingin hantarkan kepada kami mestilah tidak kabur.
- Bersaiz besar 11MB ke atas dan tidak boleh 11KB.
- Pastikan bila gambar di zoom, kami dapat melihat setiap line di dalam imej.
- Kami tidak menerima imej foto yang mempunyai ramai bilangan orang di dalam 1 foto.
- Kami tidak menerima imej penuh keseluruhan badan, melainkan kepala hingga pinggang sahaja.
- Gambar yang di Crop dari foto asal juga kami tidak terima, kerana ia akan kabur dan tidak jelas.
- Isikan maklumat anda di dalam google form ini, sila klik link di bawah untuk mencapai laman google form -
- Gambar mestilah dihantar menggunakan email teamcreative.komikbiz@gmail.com dan tulis tajuk " TEMPAHAN KARIKATUR IKONIK ".
- Di ruangan penulisan email, sila nyatakan kehendak anda secara jelas kepada pelukis anda ingin lukis insan yang berada di dalam imej itu seperti bagaimana? Contoh adalah seperti imej di bawah :
- Selepas siap menaip, sila tekan butang send. Kemudian anda haruslah whatsapp kami di nombor whatsapp ini. Klik Link ini untuk terus ke whatsapp https://www.wasap.my/60176445347/TempahanKarikaturIkonik dan tunggu kami akan balas mesej anda.
- Anda haruslah membuat pembayaran terlebih dahulu sama ada 50% atau Full Payment ke akaun Bank Islam Komik Biz Studio 12038010141291
- Resit bukti pembayaran mestilah di lampirkan ke dalam dengan tajuk " BAYARAN KARIKATUR IKONIK " ke alamat email sales.komikbiz@gmail.com .
- Kami akan memberi resit rasmi kepada anda sebagai tanda anda telah membuat pembayaran.
- Setelah selesai pembayaran kami akan memberitahu pelukis untuk mulakan kerja.
- Selepas anda email semua maklumat dan info yang anda inginkan, pelukis hanya akan berinteraksi dengan anda di dalam email sahaja.
- Segala pertanyaan mestilah dibuat melalui email. Whatsapp kami hanyalah pasukan Support sahaja akan menjawab pertanyaan.
- Pelanggan mestilah melihat peti email masuk supaya tidak ada terlepas komunikasi dua hala antara pelanggan dan pelukis.
- Lukisan anda akan siap dalam masa 7 hari jika masih ada barisan pelanggan yang menanti.
- Jika tiada pelanggan, lukisan anda akan siap dalam masa 1 hari kerja sahaja.
- Proses 1, pelukis akan menunjukkan hasil lakaran untuk meminta persetujuan daripada pihak anda.
- Proses 2, pelukis akan siapkan lukisan anda dari A to Z. Tidak dibenarkan untuk membuat sebarang perubahan ketika proses melukis itu berlangsung.
- Proses 3, pelukis akan menunjukkan lukisan yang sudah siap. Jika ada sebarang perubahan, pelukis akan mulakan semula proses pertama tadi dan job anda akan ditunda ke hari seterusnya.
- Produk Fizikal akan dihantar melalui pos laju.
- Produk Digital akan dihantar melalui email.
- Jika anda sudah membuat pembayaran, dan tidak jadi untuk menempah. 20% dari pembayaran anda akan burn dan tidak akan dikembalikan.
- Jika ingin cancel job, sila whatsapp https://www.wasap.my/60176445347/TempahanKarikaturIkonik pasukan sokongan kami.
17 January 2022
08 January 2022
AZHAR KPH ENTERPRISE ialah sebuah syarikat micro yang memberikan perkhidmatan penyelenggaraan aircond rumah ke rumah dan juga ke pejabat-pejabat kerajaan dan juga premis perniagaan.
ZAIEYS GLOBAL RESOURCES 002752608-K ialah sebuah syarikat micro yang menjual berasaskan produk berasaskan Durian Belanda yang beroperasi di Puchong, Selangor. Antara produk-produk yang dijual iaitu Jus berperisa original, Exclusive (Bergula), Madu dan Lemon dan juga Jem.
05 January 2022
Muhammad Iqbal Allif , 27 (2022) dikenali sebagai Kartunis E-Bal. Selaku Penyelia Studio dan juga bertindak sebagai 3D Modeller. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 11 November 1995 dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Mengenali Kartunis Ki To Sia sejak 2014 yang lalu di GIATMARA Kota Raja. Dan merupakan rakan sekelas dengan Kartunis Ki To Sia.
Puan Farah Farhana Binti Ahmad Nahar 28, (2022) dikenali sebagai Kartunis Nana. Selaku Ketua Pegawai Kreatif yang menjadi tulang belakang kolaborasi dengan suaminya Kartunis Ki To Sia sejak berkahwin pada 3 tahun lepas. Dilahirkan di Hospital Seremban pada 3 Disember 1993 dan di besarkan di Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Beliau juga adalah pengasas dan pengarah urusan untuk perniagaannya Nana Art Studios. Beliau juga mula melukis sejak kecil lagi ketika usia 4 tahun ketika melihat ayahnya melukis sebuah potret. Ayah beliau merupakan seorang bekas pelajar fine art dan jugak bekas graphic designer dan kini menjadi seorang artis abstract painting. Selain menunjukkan minat dalam bidang melukis, beliau mula menunjukkan minat dalam menjual beli karya sejak darjah 3.
Pernah menjana pendapatan di usia muda dengan menual lukisan manga, membuat sewaan komik yang dilukis olehnya, menjual alat tulis kepada pelajar sekolah ketika di bangku sekolah. Pernah memenangi hadiah saguhati pertandingan fotografi peringkat negeri, menang saguhati pertandingan fotografi di waktu zaman ijazahnya di universiti dan juga pernah menerima anugerah Prestasi Terbaik dalam bidang usahawan industri kartun dan komik. Kartunis Na Na merupakan alumnai dalam bidang jurusan Diploma Grafik Design, dan Ijazah Sarjana Muda. Beliau banyak menghasilkan karya catan ketika berlajar di Universiti.Sebelum bekerja atas nama syarikat sendiri dan sebelum berkolaborasi dengan syarikat Komik Biz, beliau pernah berkerja dalam bidang animasi 2d dengan memegang jawatan sebagai layout artist selama hampir 2 tahun dan beliau pernah membuat bisnes coklat selama hampir 4 tahun. Dari pengalaman berniaga produk coklat sendiri, beliau mula belajar tentang marketing, advertising, design dan packaging. Beliau juga berpengalaman dalam bidang mengurus agent dan juga mencari tapak berkarya di booth untuk majlis kepada karikaturis - karikaturis yang lain.
Mula berkecimpung secara serius di dalam industri Kartun & Komik pada tahun 2019 secara paksa rela oleh suaminya dalam bidang berkarikatur di Tesco Shah Alam, majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak MSU Shah Alam dan Pesta buku. Suaminya yang mendidiknya untuk fokus dalam impian. Kini beliau banyak mengambil servis melukis potret, karikatur, kartun dan melahirkan pelapis baru dalam industri. Juga memiliki pasukan sokongan yang membantunya untuk melajukan kerja-kerja kreatif. Pada tahun 1 Januari 2021, beliau telah mencabar dirinya untuk masuk ke pusat latihan GIATMARA di Kota Raja, Shah Alam Selangor. Mengambil bidang 3D Animasi sama seperti suaminya. Untuk menambah skill untuk keperluan projek-projek yang akan kami uruskan lebih kepada projek-projek animasi.
- Download Curiculum Vitae Kartunis Nana
01 January 2022
Tuan Mohd Fikri Bin Azman, 29 (2022) dikenali sebagai Kartunis Ki To Sia. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengasas Komik Biz Studio. Dilahirkan di Hospital Alor Setar pada 29 Januari 1993 dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau mula melukis pada usia 3 tahun, sudah berkecimpung di dalam industri seni sejak berumur 16 tahun dan menjana pendapatan ketika di bangku sekolah lagi dengan mengambil upah mewarna mural di sekolah dan di tadika, serta mengambil perkhidmatan melukis potret pada ketika itu ke atas cikgu sekolah. Pernah menjuarai tempat terbaik pelbagai pertandingan di sekolah dan juga selepas sekolah pula pernah memenangi tempat ke-3 Pertandingan Bakat Melukis Kartun Merdeka 2010, dan memenangi tempat ke-1.
Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012. Pernah menjadi editor Majalah Komik Niaga pada umur 19 tahun di Danau Kota, Kuala Lumpur. Selepas Tamat SPM, beliau meneruskan impiannya ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang kartunis di sana.