31 August 2021

      Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Semua peminat kartun tempatan mungkin akan tertanya-tanya dimana majalah kartun Malaysia yang terkini bukan? Buat julung-julung kali, penerbit Majalah Sempoi telah mengeluarkan sebuah majalah yang boleh dikatakan tidak pernah dibuat oleh penerbit lain, dimana di dalam majalah ini menampilkan lebih dari 150 kartunis di seluruh negara. Pelbagai genre lawak diketengahkan oleh kartunis-kartunis otai, lagenda dan amatur tanah air.

     Yehaah! Majalah Sempoi bakal diterbitkan tidak lama lagi. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ini adalah Majalah paling Sempoi dan mungkin adalah satu dalam sejarah di mana ramai kartunis tanah air bergabung demi memeriahkan industri kartun. Majalah ini khas untuk kolektor yang mencari sesuatu yang rare. Majalah ini adalah selayaknya dimiliki oleh setiap individu yang bernama kolektor di dunia.