• BENGKEL DAN KELAS MELUKIS

    Berminat untuk berlajar dengan trainer-trainer yang berpengalaman selama 12 tahun dalam industri kartun dan komik,klik imej ini untuk melihat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kami [...]

  • TEMPAHAN KARIKATUR IKONIK

    Mahu wajah anda di garapkan sebagai karikatur yang berikonik. Dapatkan lukisan Karikatur anda untuk dibuat perhiasan dinding, wallpaper handphone, di letakkan di atas cawan mug dan pelbagai lagi kegunaan. Klik imej untuk ke link ini sekarang![...]

  • GROUP FACEBOOK FORUM KOMIK BIZ

    Komuniti kami adalah daripada artist-artist berpengalaman dalam industri dan majoriti daripada kami ialah pelukis. Berminat untuk mencari artist bagi memenuhi keperluan dan kehendak syarikat anda, bolehlah klik imej ini [...]

  • CHANNEL KOMIK BIZ : KOMIK INTERAKTIF AKAN DATANG

    Sebuah kisah yang penuh epik dan aksi akan ditayangkan di channel youtube kami. Perlawanan yang mendebarkan antara pasukan pihak musuh. Ujian demi ujian harus dijalani demi merempuh satu kejayaan yang bakal mengubah nasib. Akan datang 2022 [...]

PRODUK EKSKLUSIF KOMIK BIZ STUDIO

23 February 2022

     Assalamualaikum, akhirnya setelah lama kami menanti satu masa yang sesuai untuk mempersembahkan animasi pertama kami bersama pasukan kreatif kami. Jadi ini adalah hari yang indah buat kami untuk anda menatapi hasil karya animasi 2D pasukan kami.

     Tahniah buat pasukan kami telah berjaya memenangi pertandingan ini walaupun hanya saguhati sahaja. Berkat kesabaran semua ahli pasukan amat berbaloi apabila kita berjaya. Untuk melihat animasi pendek kami ini boleh klik butang play di bawah. Kami memilih lagu Geylang Si Paku Geylang untuk dipersembahkan ke dalam animasi ini.


     Insya Allah, jika ada pertandingan lagi, pasukan kami akan langsung menyertai dan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi kelak. Insya Allah. Ayuh kita mewarnai industri animasi tanah air kita.

11 February 2022

MAJALAH KOMIK TREND TERKINI 2022 BAKAL TERBIT!

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Panas, panas, panas posting kali ini kami ingin berkongsi sedikit tentang apa yang bakal terbit. Pasti ramai yang tidak sabar melihat apakah yang bakal terbit itu.

     Melihat suasana industri kartun dan komik tempatan negara kita Malaysia sedang kembali pulih dengan kekuatan aktivis, pelapis, pekomik, pemain industri kini berani untuk naik juga walaupun dunia kini di landa masalah yang lebih berat iaitu jangkitan COVID-19 dan masalah ekonomi yang sedang huru-hara.

     Namun apa yang membanggakan kita ialah mereka ini berani untuk bangun kembali bermain didalam industri. Maka tiada mereka siapalah kita bukan. Usaha-usaha murni ini akan memberi impak yang bagus dalam kenaikan industri kartun dan komik tanah air kita. Jom kita tonton temubual bersama penerbit dan artist-artist yang turut serta di dalam majalah ini di sekitar Kota Buku Bangi!

Jangan lupa untuk untuk follow page KOTA BUKU BANGI


     Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apakah yang akan terbit itu bukan? Sebuah Majalah yang sedang dalam proses pembikinan. Artis-artis yang menyertai ini bukan calang-calang. Mereka ini dipilih berdasarkan kualiti yang pihak penerbit kami inginkan. Kelainan di dalam industri, itu yang ditunggu-tunggu oleh semua netizen di negara Malaysia.


     Nantikan sajian daripada Komik Biz Studio. Kami akan memberitahu info seterusnya kelak. Harap anda sabar menanti daripada kami. Selamat maju jaya Industri Kartun dan Komik!

29 January 2022

AKAN DATANG 1 MAC 2022!

 


     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca sekalian. Sempena tahun baharu ini, kami dari pasukan Komik Biz Studio akan menerbitkan sesuatu yang baharu untuk industri kartun dan komik. Kami akan mempersembahkan sesuatu kelainan yang baharu.

     Majalah Vol 1 ini dijangka akan diterbitkan 2 000 cetakan dan bertemu dengan peminat baharunya insha Allah. Apapun kami akan berikan yang terbaik kepada anda semua. Jumpa lagi pada posting akan datang.

18 January 2022

Lukisan Karikatur Ikonik Tradisional

     Mungkin selama ini anda tercari-cari hadiah apakah yang ingin diberikan kepada seseorang. Inginkan kelainan yang lain daripada yang lain? Melihat si dia tersenyum dan ketawa apabila menerima hadiah anda adalah satu kepuasan. Tambah-tambah lukisan tersebut dilukis oleh kartunis terkenal tanah Air Malaysia. 

(Button Buy)

     Jadi apa tunggu lagi, marilah buat tempahan servis Lukisan Karikatur Ikonik Tradisional. Jom kita bahagiakan dan ceriakan hari-hari orang yang kita sayang dengan klik link ini  https://www.wasap.my/60176445347/TempahanKarikaturIkonik . Kami akan membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.


     Bacalah terma dan syarat menempah karya ini sebelum membuat keputusan menempah dengan menekan butang link ini https://www.komikbiz.com/2022/01/terma-syarat-tempahan-karikatur-iconic.html . Pastikan anda memahami terlebih dahulu apa yang telah ditulis itu.

Terma & Syarat Tempahan Karikatur Ikonik

 Lukisan Karikatur Ikonik

1. Terma dan syarat menempah yang mesti dipatuhi oleh pelanggan kami.

     Bagi pelanggan yang ingin menempah hasil karya Lukisan Karikatur Ikonik, ada beberapa syarat yang anda mesti patuhi. Kami membuka dua jenis hasil karya dengan lesen yang berbeda. Kegunaan lesen ini adalah dengan pembelian anda dengan harga tertentu. Anda boleh memilih sama ada sebagai kegunaan peribadi ataupun kegunaan untuk tingkatkan jualan atau dijadikan sebagai produk rasmi syarikat anda. Sila baca kenyataan ini sebelum anda membuat sebarang tempahan dengan kami supaya tidak terjadi situasi salah faham di kemudian hari.

Berikut adalah jenis-jenis lesen yang diberikan kepada anda :

Lesen Kegunaan Peribadi (Non-Comercial)

  • Pelanggan yang menempah adalah berkategorikan "individu" sahaja.
  • Pelanggan mestilah tidak menggunakan sebarang illustrasi kami bertujuan untuk meningkatkan jualan untuk syarikat dan perniagaan anda.
  • Produk kami digunakan bertujuan sebagai hadiah, cenderahati, cenderamata, koleksi, dan kenang-kenangan.
  • Lukisan hanya diberi dalam bentuk fizikal dan dihantar melalui pos laju ke alamat premis atau rumah anda.
Lesen Kegunaan Jualan (Comercial Uses)
  • Pelanggan yang menempah adalah berkategorikan "individu/entiti/organisasi/perniagaan/syarikat".
  • Ingin menggunakan lukisan kami untuk meningkatkan jualan, dijadikan produk fizikal, menaikkan branding syarikat dan mempromosikan iklan.
  • Lukisan akan diberikan dalam bentuk digital, dan dihantar melalui alamat email organisasi anda.
  • Saiz 3058 X 4961 pixel, 300dpi High Resolution, RGB Mode.
2. Syarat-syarat untuk menempah hasil karya daripada kami.
     Sebelum anda membuat sebarang tempahan, sila pastikan anda membaca semua syarat-syarat ini. Kerana kami tidak akan mengulangnya di dalam pertanyaan whatsapp kami. Kami mempunyai ramai pelanggan untuk di uruskan, jadi kami tidak sempat untuk menaip perkara dan pertanyaan yang berulang di dalam perkhidmatan kami jalankan.

Antara syarat-syarat yang anda mesti patuhi ialah :
a. Kualiti Gambar
  • Gambar yang anda ingin hantarkan kepada kami mestilah tidak kabur.
  • Bersaiz besar 11MB ke atas dan tidak boleh 11KB.
  • Pastikan bila gambar di zoom, kami dapat melihat setiap line di dalam imej.
  • Kami tidak menerima imej foto yang mempunyai ramai bilangan orang di dalam 1 foto.
  • Kami tidak menerima imej penuh keseluruhan badan, melainkan kepala hingga pinggang sahaja.
  • Gambar yang di Crop dari foto asal juga kami tidak terima, kerana ia akan kabur dan tidak jelas.
b. Cara-cara menempah
  • Isikan maklumat anda di dalam google form ini, sila klik link di bawah untuk mencapai laman google form -
  • Gambar mestilah dihantar menggunakan email teamcreative.komikbiz@gmail.com dan tulis tajuk " TEMPAHAN KARIKATUR IKONIK ".
  • Di ruangan penulisan email, sila nyatakan kehendak anda secara jelas kepada pelukis anda ingin lukis insan yang berada di dalam imej itu seperti bagaimana? Contoh adalah seperti imej di bawah :
  • Selepas siap menaip, sila tekan butang send. Kemudian anda haruslah whatsapp kami di nombor whatsapp ini. Klik Link ini untuk terus ke whatsapp  https://www.wasap.my/60176445347/TempahanKarikaturIkonik dan tunggu kami akan balas mesej anda.
c. Cara membuat pembayaran
  • Anda haruslah membuat pembayaran terlebih dahulu sama ada 50% atau Full Payment ke akaun Bank Islam Komik Biz Studio 12038010141291
  • Resit bukti pembayaran mestilah di lampirkan ke dalam dengan tajuk " BAYARAN KARIKATUR IKONIK " ke alamat email sales.komikbiz@gmail.com .
  • Kami akan memberi resit rasmi kepada anda sebagai tanda anda telah membuat pembayaran.
  • Setelah selesai pembayaran kami akan memberitahu pelukis untuk mulakan kerja.
d. Berurusan dengan pelukis.
  • Selepas anda email semua maklumat dan info yang anda inginkan, pelukis hanya akan berinteraksi dengan anda di dalam email sahaja.
  • Segala pertanyaan mestilah dibuat melalui email. Whatsapp kami hanyalah pasukan Support sahaja akan menjawab pertanyaan.
  • Pelanggan mestilah melihat peti email masuk supaya tidak ada terlepas komunikasi dua hala antara pelanggan dan pelukis.
e. Proses dan masa kerja pelukis.
  • Lukisan anda akan siap dalam masa 7 hari jika masih ada barisan pelanggan yang menanti.
  • Jika tiada pelanggan, lukisan anda akan siap dalam masa 1 hari kerja sahaja.
  • Proses 1, pelukis akan menunjukkan hasil lakaran untuk meminta persetujuan daripada pihak anda.
  • Proses 2, pelukis akan siapkan lukisan anda dari A to Z. Tidak dibenarkan untuk membuat sebarang perubahan ketika proses melukis itu berlangsung.
  • Proses 3, pelukis akan menunjukkan lukisan yang sudah siap. Jika ada sebarang perubahan, pelukis akan mulakan semula proses pertama tadi dan job anda akan ditunda ke hari seterusnya.
f. Proses penghantaran.
  • Produk Fizikal akan dihantar melalui pos laju.
  • Produk Digital akan dihantar melalui email.
g. Mahu refund atau Cancel Job

17 January 2022

FREELANCER | ILLUSTRATOR & GRAPHIC DESIGNER


     Jom kita kenali dengan kru Peach pasukan Komik Biz Studio. Mereka inilah yang menggerakkan perjalanan bisnes kami sementara kru Biru yang lain bertungkus-lumus melakukan marketing dan menyiapkan sistem-sistem di dalam website ini. Perniagaan kami adalah 100% beroperasi melalui platform online di laman sesawang www.komikbiz.com sahaja.

08 January 2022

     Berita baik kepada pelukis-pelukis yang mencari peluang. Program Jana Pendapatan dengan Komik Biz Studio ialah satu program yang kami buka kepada orang awam dan luar. Berkonsepkan seperti kita menyewa tapak niaga di satu kawasan perniagaan. Mempunyai yuran komitmen selama setahun yang harus di bayar. Tapak secara online hanya terhad kepada 15 orang yang terpilih sahaja.

     Program ini kami akan memberi bimbingan selama setahun kepada yang telah berjaya menyertai. Syarat berniaga adalah setahun sahaja. Jika anda ingin berniaga untuk tahun seterusnya, yuran harus di perbaharui setiap tahun sebanyak RM10.00 Sahaja. Yuran ini akan digunakan untuk memarketingkan perniagaan anda di dalam platform kami selama 12 bulan.

     Untuk makluman, platform kami masih menggunakan urusan secara manual. Kami tidak mampu untuk menampung bilangan perserta yang ramai secara automatis. Anda akan dimasukkan kedalam Group Whatsapp atau telegram kami untuk makluman info kelak. Sila download file powerpoint berkenaan program ini di bawah :


DOWNLOAD File PDF ini sebelum mengisi borang dan baca syarat-syaratnya di dalam file ini.

*Sila baca info-info pada powerpoint terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang ini.

AZHAR KPH ENTERPRISE

AZHAR KPH ENTERPRISE ialah sebuah syarikat micro yang memberikan perkhidmatan penyelenggaraan aircond rumah ke rumah dan juga ke pejabat-pejabat kerajaan dan juga premis perniagaan.

LINK BERKAITAN :

Instagram Klik Disini
Facebook  :  Klik Disini








ZAIEYS GLOBAL RESOURCES

ZAIEYS GLOBAL RESOURCES 002752608-K ialah sebuah syarikat micro yang menjual berasaskan produk berasaskan Durian Belanda yang beroperasi di Puchong, Selangor. Antara produk-produk yang dijual iaitu Jus berperisa original, Exclusive (Bergula), Madu dan Lemon dan juga Jem.

LINK BERKAITAN :



Instagram Klik Disini
Facebook  :  Klik Disini
Twitter      : Klik Disini
Youtube     : Klik Disini
Shopee       : Klik Disini

      Muhammad Saufi Bin Abd. Ghani  26 (2022), dikenali sebagai Soufix (Sound Fix). Selaku ketua teknikal dalam Komik Biz yang mengurus hal-hal berkaitan kesan khas, suara latar, musik dan komposer lagu di dalam persembahan video atau animasi kami. Beliau adalah seorang Saya music producer, composer, audio designers,sound engineer. Dilahirkan di Melaka dan membesar di Melaka. Ketika usia beliau mencecah 18 tahun adalah bekas pelatih GIATMARA Kota Raja  dan bersama-sama Kartunis Ki To Sia dan Kartunis E-Bal berlajar di dalam satu pusat latihan yang sama dan di dalam kelas Multimedia Animasi 3D yang sama.