11 February 2022

MAJALAH KOMIK TREND TERKINI 2022 BAKAL TERBIT!

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Panas, panas, panas posting kali ini kami ingin berkongsi sedikit tentang apa yang bakal terbit. Pasti ramai yang tidak sabar melihat apakah yang bakal terbit itu.

     Melihat suasana industri kartun dan komik tempatan negara kita Malaysia sedang kembali pulih dengan kekuatan aktivis, pelapis, pekomik, pemain industri kini berani untuk naik juga walaupun dunia kini di landa masalah yang lebih berat iaitu jangkitan COVID-19 dan masalah ekonomi yang sedang huru-hara.

     Namun apa yang membanggakan kita ialah mereka ini berani untuk bangun kembali bermain didalam industri. Maka tiada mereka siapalah kita bukan. Usaha-usaha murni ini akan memberi impak yang bagus dalam kenaikan industri kartun dan komik tanah air kita. Jom kita tonton temubual bersama penerbit dan artist-artist yang turut serta di dalam majalah ini di sekitar Kota Buku Bangi!

Jangan lupa untuk untuk follow page KOTA BUKU BANGI


     Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apakah yang akan terbit itu bukan? Sebuah Majalah yang sedang dalam proses pembikinan. Artis-artis yang menyertai ini bukan calang-calang. Mereka ini dipilih berdasarkan kualiti yang pihak penerbit kami inginkan. Kelainan di dalam industri, itu yang ditunggu-tunggu oleh semua netizen di negara Malaysia.


     Nantikan sajian daripada Komik Biz Studio. Kami akan memberitahu info seterusnya kelak. Harap anda sabar menanti daripada kami. Selamat maju jaya Industri Kartun dan Komik!

0 Komentar Berani:

Post a Comment