Sudah pasti kita semua sebagai artis mengimpikan kerjaya dalam bidang yang kita minat bukan? Mahu berjaya kita harus mempunyai ilmu untuk meletakkan kita di posisi yang bagaimana? Artis yang semestinya mahu berjaya, pasti mereka ini rata-rata mempunyai guru, sifu, tok guru, atau idola yang membuat mereka terus bersemangat dalam menjalani hidup mereka di dalam industri itu sendiri.
Ayuh ikuti orang-orang berjaya nescaya kita akan menjadi orang yang berjaya. Menjadi seorang artis ada pelbagai pilihan dan kategori. Antaranya seperti di bawah :
1. PEMINAT KARYA KOLEKTOR
- Mereka tidak pandai melukis, tetapi mereka meminati karya pelukis.
- Berkawan dengan pelukis.
- Suka berdamping dengan pelukis.
- Suka buat pertukaran barang seni
- Suka menjual semula barang-barang artis diminati
- Suka mengumpul produk atau cenderamata daripada hasil karya artis.
2. ARTIS SEPARUH MASA (FREELANCER ARTIST)
- Artis yang bekerja dengan MAJIKAN tiada kaitan dengan SENI.
- Tetapi buat PERNIAGAAN MELUKIS secara SEPARUH MASA.
- Mereka ini mempunyai banyak ilmu bagaimana untuk mengendalikan masa bekerja dan masa rehat.
- Selalunya mereka ini mempunyai ilmu bagaimana untuk menjual produk secara dalam talian.
3. ARTIS PROFESSIONAL (PRO ARTIST)
- Artis bekerja dengan MAJIKAN yang berkaitan SENI juga. Ilmu mereka banyak hal-hal di studios.
- Artis PRO bukanlah artis yang hebat dengan pelbagai kemahiran, tetapi ianya adalah istilah PROFESSIONAL di dalam satu bidang sahaja.
- Mereka ini sangat fokus dalam bidang mereka, ramai diantara mereka ialah yang pandai bermain dengan warna.
- Mereka selalunya akan buat semua perkara yang sama dan rutin mereka selalunya 80% adalah sama iaitu perkara yang sama sahaja difokuskan.
- Selalunya mereka ini mempunyai lesen perniagaan
- Kemahiran mereka hanyalah satu sahaja.
4. ARTIS PERNIAGA SEPENUH MASA (FULLTIME ARTIST)
- Artis yang bekerja sendiri sepenuh masa mempunyai lesen perniagaan atas nama mereka.
- Rutinnya banyak mengambil kerja semuanya berkaitan servis melukis, mengecat dan lain-lain kerja berkaitan seni visual.
- Mereka ini banyak pengalaman MENGURUS PROJEK BESAR atau banyak masuk MAJLIS KERAMAIAN.
- Mereka ini selalunya ARTIS SOLO dan banyak membuat karya yang berkaitan servis.
- Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai PROFESSIONAL ARTIS, cuma frasa professional tidak layak dipegang kerana mereka MULTI-SKILL dan boleh membuat pelbagai kerja yang melibatkan seni.
5. ARTIS USAHAWAN (ENTREPRENURE ARTIST)
- Artist yang bekerja sendiri sepenuh masa.
- Mereka mengambil servis dan juga menghasilkan produk sendiri.
- Fokus jualan mereka adalah terhadap branding mereka sendiri.
- Selalunya mereka ini mempunyai Agent / Pekerja untuk membantu jualan
- Mempunyai sistem dalam pengurusan bisnes mereka.
- Mereka selalunya adalah PEMILIK dan C.E.O dalam syarikat mereka sendiri.
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah iaitu SSM.
Sebagai artis, anda harus meletakkan posisi anda di kategori yang jelas, supaya anda tahu batas ilmu anda di bahagian mana dan juga, apabila anda ingin sampaikan ilmu tidak tersasar daripada kategori anda. Jelas sekali ada yang semberono masuk ke postingan ilmu-ilmu orang yang menyampaikan ilmu di tahap tertentu. Tetapi mereka tidak bersetuju dengan pandangan individu yang lebih tinggi tingkatan ilmu mereka.
Apabila kita tidak meletakkan posisi kita, segala hujah untuk kita sangkalkan ilmu di bidang lain tidak boleh dipakai kerana kita tidak pernah mengendali sesuatu organisasi. Tidak salah untuk memberi pandangan, tetapi sesuai dengan tingkatan ilmu dan pengalaman kita. Admin juga pernah melalui semua fasa di atas, kini admin berada di nombor 5.
Ilmu yang benar adalah apabila kita pernah menjalani sendiri, merasai sendiri kesusahan, dan mengalami asam garam turun dan naik di dalam profession yang kita ceburi. Apabila kita berpengalaman, segala hujah kita akan menjadi pemankin untuk orang lain menjadi suri tauladan dan menggunakan ia sebaik yang mungkin.
0 Komentar Berani:
Post a Comment