02 May 2020

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman yang sudi menjelajah ke kawasan jajahan kami. Melihat kepada ekonomi negara Malaysia yang semakin membimbangkan, dimana masyarakat tidak lagi boleh melakukan norma-norma kehidupan bekerja seperti biasa. Ini agak membimbangkan bagi pemerintah negara kerana negara  Malaysia rugi 2.4 Billion sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di jalankan (Klik Disini untuk baca info lanjut).

     Pelbagai kemungkinan dan risiko mungkin akan berlaku jika Virus Covid-19 ini masih bertebaran di serata dunia jika masih ada yang berdegil tidak mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh World Health Organization. Perusahaan kecil, sederhana dan besar berimpak tinggi untuk jatuh jika kita masih tidak mendapatkan solusi untuk meningkatkan pendapatan kita sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung. Malah, pemegang ekonomi utama iaitu Amerika Syarikat sendiri sedang menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Ianya akan memberi tempias yang tidak bagus kepada negara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia.

     Holo-G akan berkongsi bagaimana cara terbaik untuk para usahawan membantu sesama usahawan yang lain untuk meningkatkan percambahan ekonomi dalam negara kita. Bagi menangani masalah Covid-19 daripada berlanjutan, saya akan senaraikan mengikut urutan daripada Pemerintah, Majikan, Pekerja, Usahawan dan Perniaga Kecil.

Pemerintah Negara haruslah membuat beberapa langkah yang efektif dan efisien kepada semua kategori sektor sama ada kerajaan atau swasta, antaranya adalah :

  1. Membenarkan para usahawan berniaga secara dalam talian dan memberi kelonggaran kepada ketua rumah untuk menghantar barang dalam jarak 30km perjalanan dengan syarat mestilah mendapatkan chop pengesahan daripada pihak Polis untuk Memohon Kelonggaran Berkhidmat.
  2. Benarkan usahawan yang memegang stok barang untuk beroperasi setiap hari dengan syarat mereka harus jadikan premis mereka sebagai rumah untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tidak membuka premis untuk orang ramai masuk ke dalam premis.
  3. Memperkasakan program penghantaran barangan menggunakan perkhidmatan Grab,Food Panda, Pos Laju dan lain-lain perkhidmatan penghantaran berdaftar.
  4. Bagi penjawat awam, melakukan tugas pengkeranian melalui talian atau video meeting untuk berkomunikasi dengan majikan.
  5. Bagi guru-guru, pensyarah dan tenaga pengajar haruslah memainkan peranan kepada pelajar mereka untuk menarik minat pelajar mereka untuk mengikuti kelas secara online.
     Manakala bagi Majikan yang mengelolai syarikat perlu bertindak kreatif terhadap pekerja mereka dan perniagaan yang mereka kelolakan. Antara idea yang boleh membantu usahawan untuk bergerak dalam fasa PKP ini secara talian, antaranya adalah seperti berikut :
  1. Majikan harus mulakan langkah pertama kepada pekerja dengan memberi sokongan padu dan mengetengahkan cara bekerja dari rumah. Majikan haruslah membuat video meeting untuk berkongsi pendapat sesama pekerja untuk mengetahui bagaimana cara untuk menjalankan operasi perniagaan walaupun di fasa PKP.
  2. Majikan perlu memilih pekerja yang  mengendalikan pekerjaan Sumber Manusia dan Servis Khidmat Pelanggan bekerja daripada rumah, manakala pekerja yang mengendalikan bahan atau produk bekerja di Kilang atau Stor.
  3. Pastikan premis anda di tutup dan tidak boleh dimasuki oleh ramai pelanggan jika berkaitan printing,pakaian atau produk-produk, segala urusan haruslah melalui talian.
  4. Majikan harus berusaha mendidik pekerja menjadi lebih fleksible bekerja melalui rumah dengan memberi penerangan dan suntikan semangat.
  5. Perkongsian ilmu dan semangat bagaimana majikan memulakan syarikat mereka dari permulaan hingga mencapai kejayaan kepada para pekerja.
     Seterusnya untuk para Pekerja, mereka haruslah mula untuk berfikir dan kreatif dalam menangani masalah yang sedang di hadapi. Pekerja harus memahami majikan kerana tanpa majikan mereka tidak akan sampai di tahap ini. Antara idea yang menarik boleh di aplikasikan kepada semua pekerja.
  1. Mungkin sudah sampai waktunya pekerja harus lebih kreatif dalam membantu majikan anda dengan menambah ilmu kemahiran baharu iaitu kemahiran yang belum kita pernah pelajari.
  2. Membantu majikan memudahkan usaha mereka untuk memajukan perniagaan bersama-sama dan merasai satu pasukan yang kuat.
  3. Pekerja mesti mula bersemangat dan positif dan jangan berfikir untuk bertukar tempat pekerjaan kerana inilah perasaan suatu ketika dahulu Majikan anda rasai.
  4. Pekerja boleh melakukan pekerjaan online menjalankan urusan bisnes dan menjawab soalan pelanggan di rumah sahaja.
  5. Bagi pekerja yang menjaga stok atau produk, mereka bertanggungjawab untuk menjaga amanah Majikan menghantar produk kepada semua pelanggan mengikut permintaan.
  6. Bahagikan tugas dengan rakan pekerja yang lain menjaga stok untuk membawa balik stok dan menjual kepada pelanggan secara atas talian.
  7. Bagi yang bujang bersedialah berkhidmat di premis secara sukarela dan mintalah majikan perkenankan permintaan anda untuk berkhidmat serta mendapat gaji kerja lebih masa. Pada masa yang sama berbincanglah prihal cuti berehat.
     Khas buat Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana, ini idea yang sesuai untuk anda fikirkan dan aplikasikan ke dalam bisnes anda. Antaranya adalah seperti berikut :
  1. Usahawan perlu menambah baikkan perkhidmatan perniagaan anda dengan cara mempelajari ilmu marketing secara talian jika anda bukan seorang Usahawan  yang menggunakan medium ini.
  2. Usahawan kecil dan sederhana perlu bertindak lebih kreatif dalam menyampaikan marketing di facebook page anda bagi menarik minat pelanggan untuk membeli.
  3. Usahawan sesama usahawan harus saling membantu mempromosikan perkhidmatan masing-masing kepada rakan dan jangan takut akan rezeki itu tidak sampai kepada kita kerana apabila kita membantu orang lain, tidak bermakna orang lain akan membantu kita semula. Yakini bahawa Allah akan memberi rezeki lebih baik selepas itu.
  4. Usahawan perlu berlajar bagaimana untuk melepasi sekatan Polis semasa PKP untuk menjalankan perkhidmatan jualan COD menggunakan kenderaan Motosikal atau Kereta. Lebih afdal kita memilih Motosikal kerana kita boleh mencelah ketika jalan raya jam. Berlajar membuat surat rasmi dan mencari di google Cara menulis surat pelepasan bekerja semasa pkp.
  5. Usahawan yang berniaga makanan, boleh menggunakan cara menjual makanan dari rumah ke rumah berdekatan ketika fasa PKP sedang berjalan dengan memastikan ketika jualan anda memakai mask dan sarung tangan.
  6. Usahawan boleh meletakkan perkhidmatan dan nombor telefon bisnes setiap rumah dan menyatakan bisnes apa yang anda sediakan.
  7. Manakala usahawan yang sebelum ini membuat perkhidmatan yang melibatkan sentuhan, boleh berubah kepada bisnes baharu sementara menanti PKP tamat tempoh. Mula mencari ilham di mana-mana sama ada di dalam group usahawan atau di mana mentor-mentor bisnes membuat Mentorship percuma.
  8. Bagi bisnes printing atau grafik design, gunakan kemahiran anda untuk memarketing dan ambil servis secara online membantu usahawan lain menaikkan Viewer Facebook Page mereka.
  9. Kepada peniaga makanan, boleh cuba meniru cara india atau bangla jual makanan ringan di atas moto. Boleh tukarkan dengan cara membawa kereta dan berhenti di tapak parking kereta, kemudian buat banner untuk menjual makanan untuk berbuka.
  10. Ada juga yang buat jualan rumah kerumah dengan mengetuk pintu rumah, tetapi mungkin cara ini agak tidak selesa bagi jiran-jiran kerana mendengar bunyi ketukan. Tetapi ini adalah cara suatu ketika dahulu yang pernah sales promoter buat, tetapi sudah lama tidak di mulakan semula.
  11. Iklankan di whatsapp status akan perniagaan kita dan sebarkan iklan marketing jualan makanan kita kepada semua kenalan. Insya Allah akan ada pembelinya. Namun kena menetapkan kadar jarak COD kerana keterbatasan perjalanan.
     Tambahan lagi, bagi para Pekerja yang telah dibuang pekerjaan, Pelajar IPTA/IPTS atau Pengangur tegar, usah gusar dan sedih kerana peluang anda lebih besar untuk mempelajari ilmu baharu ketika PKP ini. Bagi pengangur, pelajar atau bekas pekerja mulakan langkah dan mula pasang niat berserta azam baharu 2020 untuk menjadi seorang usahawan kecil. Antaranya idea yang bagus untuk anda adalah seperti berikut :
  1. Suri rumah sepenuh masa yang pandai memasak boleh berubah dengan membuat bisnes kecil-kecilan menghantar produk makanan mereka kepada jiran tetangga.
  2. Pelajar boleh mula membuat perniagaan mengikut apa kemahiran yang telah mereka berlajar di Universiti sebagai contoh, khidmat grafik design, anda sudah boleh mempraktikan pekerjaan grafik design secara freelancer ketika PKP.
  3. Penganggur yang di buang pekerjaan, gunakan masa dan apa yang anda ada berubah kepada pekerja membawa GRAB atau Food Panda dan lain-lain bisnes.
  4. Pertingkatkan ilmu dan kemahiran marketing dengan pemilik-pemilik bisnes yang masih menjalankan bisnes dan jualan secara online. Berlajar dari mereka di facebook live.
  5. Banyak Mentor-mentor bisnes yang membuat kelas percuma di facebook akaun mereka, cuma kita tidak berjumpa dengan siapa patut dirujuk. Anda boleh melihat mentor seperti Dato Irfan Khairi , Dato Azizan Osman, dan lain-lain.
  6. Ramai Pemilik Bisnes yang sedang berusaha memberi ilmu perkongsian pengalaman secara percuma, anda yang baru untuk mula bolehlah daftar di www.funnelevo.com untuk mempelajari ilmu perkongsian mereka secara live dengan percuma sahaja.
  7. Ada juga kelas yang di anjurkan oleh MDEC secara online dan percuma. Anda boleh klik Kursus Digital Marketing Fundamental bersama Master Azriel klik https://masterazriel.wasap.my  ini untuk whatsapp direct untuk soalan lebih lanjut. Kursus ini adalah percuma sahaja bagi sesiapa yang kelapangan sila klik bit.ly/pemasarandigital2020  untuk melihat butiran.
     Akhir sekali ini adalah sedikit sebanyak idea perkongsian kepada semua Pemerintah, Majikan, Pekerja, Usahawan dan Penganggur di kala PKP untuk kita sama-sama #kitajagakita bersama. Siapa lagi yang mampu membantu kita dikala ini melainkan saudara seIslam yang ada di Malaysia. Jadi jika anda mempunyai idea yang lebih baik jangan segan-segan untuk berkongsi di komentar agar semua orang beroleh manfaat daripada artikel ini.

     Kesimpulanya, masih ada pelbagai cara untuk kita melakukan perniagaan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. Ini adalah perkongsian sahaja untuk bantu sesiapa yang sukar untuk mendapat ilham dan idea bagaimana untuk kelangsungan hidup di fasa PKP. Segala yang baik adalah dari Allah, salah dan silap adalah dari saya sendiri. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1441 Hijriah dengan penuh kesabaran. Semoga bertemu lagi kita di artikel yang lain. Insya Allah.

0 Komentar Berani:

Post a Comment