13 February 2021

     Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca budiman, Holo-G di sini sedang menaip tentang posting kali ini yang sangat-sangat trending selalu keluar di group-group kartun yang ada di Malaysia. Seringkali persoalan ini pasti akan terngiang-ngiang kepada semua pembaca terutamanya para artist yang bergiat dan minat dalam industri kartun dan komik Malaysia ini.

(Cara menekap menggunakan projector selalunya digunakan untuk memudahkan kita melakar kerja kita ke dinding untuk melakukan mural painting.)

Maksud perkataan ini dalam bahasa Melayu:
[Te.kap] | تکڤ Definisi : Meniru Lukisan dan lain-lain objek dengan menggunakan kertas yg tipis, seperti kertas surih atau kertas minyak. 

Maksud dalam bahasa orang have-have (English) :
A copy of a drawing or pattern made by drawing over it through a piece of thin, transparent paper.

Tracing atau Menekap di dalam lukisan adalah salah satu daripada teknik melukis, dimana ianya adalah untuk memudah cara dan membantu pelukis untuk mendapat patern (corak atau tektur) pada sesuatu objek, juga untuk melatih tangan kita mengingati jalinan garisan pada imej yang lain. Kebanyakan teknik tracing ini selalunya akan digunakan dalam aktiviti melukis seperti di bawah :

Melukis mural di dinding bagi memudahkan lakaran mengikut perspektif yang benar. Melukis di dalam animasi 2D supaya pergerakan animasi nampak lancar dan sekata.

0 Komentar Berani:

Post a Comment