13 May 2021

     Hai assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini Holo-G ingin berkongsi sedikit ilmu komik kepada anda semua terutamanya kepada para pelapis. Ini bagi memastikan anda didorong dalam suatu ilmu yang khusus dan tidaklah perlu bersusah payah mencari ilmu di media-media lain.

     Komikbiz.com wujud untuk anda terutamanya dituju khas kepada para pelapis baharu bagi memudahkan anda merungkai permasalahan yang menyelubungi pertanyaan yang selama ini anda tercari-cari. Tetapi sebelum itu mari saya mulakan dengan menerangkan Maksud dan definisi komik itu sendiri.

Diagram 1 : Menunjukan tahap dan gelaran di dalam Industri Komik Malaysia.

     Ada tiga jenis artis komik yang korang perlu tahu iaitu pelukis komik sahaja, artis komik versetile atau pekomik self-publishing (terbit sendiri). Apakah perbezaan mereka ini? Ayuh ikuti artikel pendek ini sehingga habis.

Maksud Komik
Komik ialah seni visual yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan sesuatu cerita supaya mudah difahami.

Definisi Komik
Jalan cerita disampaikan dengan mempersembahkan visual,dialog, narasi, kesan suara, informasi lain dalam bentuk teks seperti belon ucapan, keterangan, dan kelajuan persembahan penceritaan boleh ditentukan bergantung kepada kadar aturan panel yang di susun dalam sesuatu cerita yang ingin disampaikan.

     Ramai dari kalangan artis muda yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia perkomikan ini rata-rata mereka kurang memahami makna dan definisi komik. Komik adalah satu medium karya seni dalam penyampaian sesuatu cerita. Ia boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk media penyampaian sama ada melalui alur lukisan, gambaran imej 3d dan fotografi.

     Ternyata komik adalah salah satu medium gaya persembahan sesuatu penceritaan. Seseorang artis yang digelar dengan pelbagai gelaran antaranya adalah seperti berikut. :

Tahap 1 
Pelukis Komik - adalah seorang karyawan yang melukis dan mampu mengarahkan sesuatu cerita sehingga tamat sesuatu kisah. Mereka ini hanya berkebolehan untuk melukis sesuatu cerita, konsep kreatif, penciptaan konsep karekter dan latar belakang tetapi tidak mampu untuk menyusun untuk proses seterusnya. Mereka ini tugasnya melukis mengikut jalan cerita yang telah dirangka oleh Penulis Skrip (Script Writer).

Tahap 2
Artis Komik (Versetile) - adalah seorang karyawan yang mampu melukis, menulis jalan cerita (storyboard), menyusun grafik dan teks, mewarna lukisan, bermain dengan kesan khas teks atau warna dan pandai membuat layout dari awal hingga akhir sehingga menjadi komik. Mereka masih bergantung kepada penerbit untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Namun masih belum utuh karier mereka kerana mereka tidak diajar untuk menjadi editor yang baik untuk komik mereka.

     Natijahnya, ramai pelukis komik impikan untuk menjadi artist komik. Sebahagian kecil, mencipta komik syok sendiri lalu tidak diterima oleh penerbit-penerbit yang sedia ada di Malaysia. Paling menyedihkan tiada siapa yang ingin menyokong usaha dan hasil karya mereka. Kegagalan ini menyebabkan rata-rata daripada mereka kembali kepada gelaran Pelukis Komik sahaja. Namun jika mereka kuat dan memiliki daya yang super awesome, mereka akan ke level seterusnya.

Tahap 3
Pekomik - Ini adalah gelaran yang tepat untuk pelukis komik versetile tahap dewa yang di mana di Indonesia digelar sebagai Komikus. Pekomik ialah penggiat komik yang menghasilkan keseluruhan komik sehinggalah ia diterbitkan sendiri dan lalu menjualnya sendiri. Untuk mencapai level ini, anda harus berpengalaman dalam selok-belok percetakan, penerbitan dan tahu apa kehendak pembaca. Pekomik mampu untuk mereject karya mereka sendiri dan mengolah cerita yang direject menjadi lebih baik dari sebelumnya, mudah cerita mereka mampu untuk menjadi editor kepada hasil karya mereka sendiri. Pekomik adalah gabungan para penggiat pelukis komik, peminat tegar komik, penulis komik, grafik designer komik, penerbit komik, pengusaha produk komik, kolektor dan usahawan yang menjual Komik. Istilah ini telah digunakan untuk pelukis komik tegar menghasilkan produk dan menjual produk mereka. Malah di Malaysia ada badan persatuan yang khas untuk semua para Persatuan Penggiat Komik Malaysia iaitu PEKOMIK.

     Jika anda mempunyai kriteria yang disebutkan di tahap ke tiga. Tahniah anda adalah seorang PEKOMIK. Frasa PEKOMIK ini telah rasmi digunakan di Malaysia sudah sedemikian lama lagi sejak Pekomik ditubuhkan. Jadi usah bingung lagi kepada para pelapis. Jika anda seorang yang bergiat dalam industri secara serius, anda layak untuk memakai frasa ini.

     Kesimpulanya bukan mudah untuk kita meletakkan gelaran tertentu jika kita baru di dalam industri. Artikel ini akan membantu anda untuk anda tahu dimanakan tahap anda berada. Dahulu kami sukar untuk mencari ilmu-ilmu sebegini kerana kami perlu bersemuka secara berhadapan dengan tok-tok guru di majlis atau pesta buku. Kini sukar bagi pelapis baharu untuk mencari ilmu kerana kesan daripada serangan wabak Virus Covid-19 ini. Pergerakan kita di hadkan dan tiada lagi pesta-pesta yang boleh merapatkan ukhwah sesama sifu-sifu industri di luar sana. Semoga bertemu lagi di posting akan datang. Wasalam.

Jom baca artikel yang bersangkut dengan artikel ini.

0 Komentar Berani:

Post a Comment