21 July 2021

 


     Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai Holo-G di sini akan berkongsikan sedikit artikel yang sebenarnya sudah lama menjadi isu suatu ketika dahulu oleh peniaga-peniaga online di negara kita Malaysia. Mungkin saudara dan saudara tidak pernah mendengar akan isu ini kerana ada mungkin tidak melibatkan diri dalam keusahawanan. Mungkin juga anda tidak pernah mengambil tahu apa yang sedang berlaku di dalam negara kita. Jadi hari ini kami akan kongsikan ilmu-ilmu keusahawanan dalam tajuk "Mengapa Harga Servis atau Produk Kini Harus Di Pertontonkan?

    Melihat trend terkini di era Covid-19 yang melanda negara kita dari 2019 sehingga sekarang 2021. Semakin ramai yang menukarkan perniagaan mereka ke arah Digital Online. Namun begitu dengan percambahan ekonomi ini ianya adalah satu tanda aras menunjukkan bahawa ekonomi negara kita masih berjalan seperti biasa. Tidaklah seperti di ura-urakan bahawa ekonomi negara akan terjejas teruk pada 2021. Kaedah penyelesaian Digital Online ini adalah yang amat terbaik sekali kerana ia dapat mengurangkan pergerakan sosial bagi menurunkan statistik kadar penurunan jangkitan wabak COV-19.

     Perkara ini telah lama dinyatakan di dalam MEDSOS sejak 3 Julai 2019 yang lalu. Kita sebagai usahawan sama ada secara freelancer, atau mempunyai lesen perniagaan SSM, atau mempunyai syarikat SDN BHD. Harus menjadi usahawan yang bertanggung jawab dalam berniaga. Isu ini menjadi hangat pada ketika itu kerana para usahawan digital yang telah lama berurusan dengan sistem Multimedia ini tidak boleh lagi menggunakan stratergi "PM TEPI, PM SIS, BERMINAT SILA PM, PM SAYA, PM DONE dan PM PLEASE.

     Sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian. (sumber Harian Metro).

Berdasarkan kenyataan KPDNHEP, mengapa ‘PM tepi’ ini perlu dielakkan? Berikut adalah beberapa perkara :
  1. Tidak mempamerkan harga barangan yang dijual;
  2. Tidak mempamerkan spesifikasi barangan yang dijual;
  3. Penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul;
  4. Konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Gambar seperti dibawah.
  5. Juga jika sabit kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh didenda dibawah Seksyen 145 iaitu maksimum RM50,000.00 (bagi individu)/ RM100,000 (bagi badan korporat) atau penjara atau kedua-duanya sekali.
    Peniaga Online perlu patuhi Peraturan-peraturan perlindungan pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. dengan mendedahkan maklumat-maklumat seperti berikut bagi mengelakkan hukuman denda atau penjara :
  1. Nama orang yang menjalankan perniagaan atau nama perniagaan atau nama syarikat.
  2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, jika terpakai.
  3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan.
  4. Perihalan tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  6. Kaedah pembayaran.
  7. Terma-terma dan syarat-syarat.
  8. Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Jika ingin buat aduan bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah :
  1. Pergi ke laman rasmi KPDNHEP
  2. Klik pada aduan Pengguna
  3. Daftar Pengguna baharu jika anda belum mendaftar.
  4. Selesai mendaftar, klik pada aduan baharu.
  5. Pilih kategori harga dan sub kategori "Tiada tanda Harga"
     Kesimpulannya, kita semua harus ada nilai tanggungjawab dalam apa jua urusan takbir perniagaan online kita. Supaya kita sebagai peniaga dan usahawan online dapat membantu memudahkan urusan pengguna kita dalam menilai karya kita untuk di beli. Jika di pusat membeli belah, semua wajib untuk meletakkan tanda harga untuk produk atau servis mereka, itu menjadi hak dan tanggungjawab kita sebagai peniaga. Jadilah usahawan yang berilmu dan mengambil tahu isu-isu semasa yang terjadi supaya kita tidak menjatuhkan harga pasaran industri yang kita ceburi. Sayangi industri kita dan sokonglah produk tempatan. Sekian bertemu lagi kita di posting lain.

0 Komentar Berani:

Post a Comment