05 January 2022

KETUA PEGAWAI KEPATUHAN | PENYELIA STUDIO (C.C.O)

      Muhammad Iqbal Allif , 27 (2022) dikenali sebagai Kartunis E-Bal. Selaku Penyelia Studio dan juga bertindak sebagai 3D Modeller. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 11 November 1995 dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Mengenali Kartunis Ki To Sia sejak 2014 yang lalu di GIATMARA Kota Raja. Dan merupakan rakan sekelas dengan Kartunis Ki To Sia.
     

   Beliau berpengalaman berkerja di dalam sebuah syarikat animasi 3D, Blindspot Studio selama 9 bulan sebagai seorang animator dan modeller artist. Sebelum beliau menyertai syarikat Komik Biz, beliau pernah berkerja sebagai seorang photographer dan belajar tentang marketing melalui kerjaya sebagai photographer.

  Pada tahun 2020 mula bergerak aktif berkolaborasi dengan syarikat Komik Biz  untuk mencipta fenomena dalam arena Kartun & Komik yang di ceburi sekarang sejak 1 Januari 2020 yang lalu. 

  Pencapaian pertama dengan Komik Biz, syarikat ni berjaya meemenangi hadiah saguhati dan di dalam pertandingan ini, beliau yang memainkan peranan besar dalam tugas menghasilkan modeller bersama ahli pasukan yang lain di bawahnya. Kini 1 Januari 2022 adalah permulaannya yang lebih serius untuk bersama-sama untuk melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan menjadi sebahagian kartunis dalam Majalah Etudea dan sedang menyiapkan beberapa prop 3D modeling untuk komik interaktif akan datang. Beliau juga tidak menyangka akan berpeluang menjadi seorang kartunis suatu hari nanti dan berkerjasama dengan Ki To Sia. 

  • Download Curiculum Vitae Kartunis E-Bal, 

 

0 Komentar Berani:

Post a Comment