Kami menawarkan kerjaya kepada anda bagi pilihan seperti berikut :

Pekerja Praktikal
  1. Mendapat manfaat faedah menamatkan sesi praktikal selama 3 bulan hingga 6 bulan bergantung kepada jangka masa yang dibuat oleh pihak IPTA/IPTS.
  2. Meningkatkan gaya persembahan Curiculum Vitae, Portfolio, Resume dan Surat Rasmi untuk minta pekerjaan lebih baik.
  3. Jika anda berjaya mengikut kursus ini selama jangka masa praktikal, Insya Allah anda akan dipilih untuk bekerja dengan kami.
  4. Sesi bimbingan untuk tingkatkan kemahiran secara percuma sepanjang praktikal.
  5. Alaun makanan dan minuman diberi setiap kali berjumpa sahaja.
  6. Selama 3 hari bekerja di rumah, dua hari Isnin dan Khamis sesi perjumpaan dan bimbingan, 2 hari cuti mingguan.
  7. Boleh bekerja dari rumah namun kami memerlukan kriteria yang amanah dan bertanggung jawab menyiapkan tugasan.
  8. Tiada Alaun berbentuk wang kerana kami memberi pelepasan selama 3 hari bekerja dari rumah tanpa pantauan kami, 2 hari bercuti rehat tanpa sentuh kerja, dan 2 hari sahaja untuk sesi bimbingan.
  9. Sebulan sekali dapat makanan dan minuman istimewa.
  10. Pekerja praktikal akan diajar menyiapkan portfolio, resume,menyusun atur resume sendiri, menyiapkan tugasan design, 3D yang telah diberi dan berlajar berkomunikasi dengan  baik di hadapan penemu duga.
  11. Hanya 2 orang Pelajar Praktikal yang kami terima untuk setiap 6 bulan.
Pekerja Sambilan (Part Timer Worker)
  1. Manfaat pekerja sambilan anda layak menerima Penyata Gaji dari kami untuk memudahkan urusan bank.
  2. Kami mengambil manfaat dari -10% tawaran harga perkhidmatan servis anda.
  3. Segala wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat kami sehingga 29hb setiap bulan gaji akan dimasukkan kedalam akaun anda bagi mewujudkan sistem akaun keluar masuk.
  4. Pelanggan anda akan berurusan dengan kami dahulu sebelum kami memberi kerja kepada anda.
  5. Anda hanya bekerja dari rumah sahaja.
  6. Alaun Upah tambahan sebanyak RM10 akan diberikan selepas anda menyiapkan kerja dan pelanggan puas hati.
  7. Jika anda mendapat job tawaran dari luar, dorong pelanggan anda kepada kami supaya kami dapat kumpulkan amaun wang gaji anda untuk dimasukkan ke dalam penyata gaji anda.
  8. Kami membantu anda dari segi mencantikkan akaun keluar masuk anda sahaja.
  9. Tiada Potongan EPF dan Socso.
  10. Upah anda tidak tentu, pendapatan anda bergantung kepada bilangan pelanggan yang menempah perkhidmatan sahaja.
  11. Kami membantu anda mengurus keewangan anda untuk nampak lebih baik dan nampak professional sahaja walaupun anda bekerja dari rumah.
  12. Kontrak program sah untuk setiap 6 bulan, dan anda harus membuat pengakuan sama ada untuk meneruskan program atau berhenti.
  13. Program ini bertujuan untuk membantu anda supaya nampak lebih professional dan mewujudkan portfolio yang lebih baik untuk anda.
  14. Kami akan fokuskan kepada anda lebih banyak jika pelanggan mencari perkhidmatan yang anda tawarkan berbanding Pekerja Bebas (Freelancer)

Pekerja Bebas (Freelancer)
  1. Tiada manfaat Penyata Gaji, kecuali resit tempahan untuk anda.
  2. Kami akan mencari anda jika perlu sahaja.
  3. Upah akan terus dapat selepas anda menyiapkan kerja.
  4. Kami tidak mengambil manfaat apa-apa dari anda.
  5. Tiada Alaun Upah.
  6. Anda isi borang sahaja agar kami dapat menilai kebolehan anda.
Pekerja Sepenuh Masa (Belum Dibuka)
  1. Gaji mengikut tahap professional dan kepantasan buat kerja.
  2. Alaun makan dan minum diberi setiap hari.
  3. Cuti Sabtu dan Ahad sahaja.
  4. Potongan EPF dan Socso
  5. Potongan Simpanan ASB gaji.
  6. Potongan Insuran
  7. Bonus Hari Raya
  8. Bonus Tahunan

0 Komentar Berani:

Post a Comment