18 July 2020

Makna dan Definisi Karyawan

     Hari ini Hollo-G ingin berkongsi sedikit tentang makna dan definisi beberapa perkataan yang merujuk kepada seorang  Karyawan yang menjalankan aktiviti melakar,melukis dan mewarna. Moga-moga kita semua dapat memahami lebih jelas tentang tugas-tugas mereka yang berada di dalam bidang yang dinyatakan. Hollo-G akan berkongsi tentang nama dan peranan Karyawan, Seniman, Artis, Kartunis, Pelukis,

1. ARTIST

     Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui. Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud Seniman. Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis.

Rujukan Link : https://ms.wikipedia.org/wiki/Artis

2. PELUKIS

     Melukis ialah suatu seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah grafit, pensel, pen dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayon, arang, kapur tulis, pastel, penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. ARTIS atau INDIVIDU yang berkarya melukis ini dipanggil PELUKIS manakala hasilnya dipanggil LUKISAN.

[se.ni.man] سنيمن , definisi Seniman merujuk kepada seorang yang mencipta sesuatu hasil seni seperti pelukis, penyair. Bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

3. SENIMAN

     Seniman adalah istilah subjektif yang merujuk kepada seseorang yang kreatif, inovatif, atau mahir dalam bidang seni. Penggunaan yang paling kerap adalah untuk menyebut orang-orang yang menciptakan karya seni, seperti lukisan, patung, seni peran, seni tari, kesusasteraan, filem dan musik. Seniman menggunakan imaginasi dan bakatnya untuk menciptakan karya dengan bernilai estetik. Ahli sejarah seni dan kritikus seni mendefinisikan seniman sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.

Rujukan Link : https://id.wikipedia.org/wiki/Seniman

4. KARTUNIS

     Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

     Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan menggunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus. Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

     Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.


5. MANGAKA

     Mangaka (漫画家) adalah perkataan Jepun untuk artis komik atau kartunis. Di luar Jepun, manga biasanya dirujuk sebagai buku komik Jepun dan mangaka dirujuk sebagai pencipta sesuatu manga, dimana dia seorang warga Jepun.

     Seorang mangaka akan bangkit menjadi terkenal melalui pengiktirafan keupayaan mereka apabila mereka mencetuskan minat institusi, individu atau demografi pengguna manga. Sebagai contoh, terdapat pertandingan yang bakal mangaka boleh masuk, yang ditaja oleh editor manga dan penerbit. Mereka juga diiktiraf bagi bilangan manga mereka berjalan pada satu-satu masa.

0 Komentar Berani:

Post a Comment