27 April 2020

Kriteria Panel Komik Loose Part

Kriteria Panel Komik Loose Part untuk Komik Biz

      Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ini Holo-G ingin berkongsi Kriteria Panel Komik Loose Part yang kami akan terima jika anda ingin menghantar karya kepada kami ke Slot Kosong untuk Majalah Komik Biz. Ini adalah syarat-syarat untuk anda melepasi penilaian oleh Editor Komik Biz, jika anda berminat untuk menghantar karya anda kepada Editor Majalah Komik Biz.

(5 buah panel di dalam satu muka)

     Loose Parts (Semuka) adalah lukisan komik di atas sekeping kertas A4 / A3. Mempunyai bilangan panel minimum adalah 5 buah panel dan maksimum adalah 8 buah panel. Contoh-contoh panel yang di sediakan adalah jenis Basic Page Layout (Susun Atur Halaman Asas).

(6 buah panel di dalam satu muka)

     Di dalam penyampaian sebuah cerita yang berkualiti, kami memilih untuk mengehadkan bilangan maksima panel kepada 8 buah panel sahaja. Bergantung kepada gaya penyampaian Punch Line Lawak yang ingin dipersembahkan oleh pengkarya.

(7 buah panel di dalam satu muka)

      Ini adalah garis panduan khas bagi Kartunis baharu. Tips-tips ini adalah  berdasarkan garis panduan dari Pelukis-pelukis Antarabangsa. Bagi memudahkan kartunis generasi baharu untuk berlajar dan memahami apa itu seni komik dengan lebih pantas. Kami berbesar hati berkongsi pengalaman di dalam Industri Kartun yang sebenar.

(8 buah panel di dalam satu muka)

     Kesimpulannya, rata-rata pelapis pelukis baharu masih kurang ilmu perkartunan di dalam industri kartun sebenar. Ramai yang melukis kartun  atau manga hanya mengikut rasa apa yang dilihat oleh pelukis-pelukis professional dari luar negara lakukan. Bahkan pelapis-pelapis baharu seakan syok sendiri dalam melakukan persembahan komik mereka. Perkongsian ini adalah untuk menyebarkan dan menyatukan ilmu perkomikan untuk industri kartun di Malaysia agar pelapis-pelapis baharu ini berilmu dalam menyampaikan cerita menggunakan medium komik.

0 Komentar Berani:

Post a Comment